Berita

Ibu Kandung Musa Kecewa Dengan Kenyataan Putar Belit Noh Salleh - “Semua Dia Kata Tak Benar”

Izwan Isa
07/02/2024
06:42 MYT
Sponsor Banner
Ibu Kandung Musa Kecewa Dengan Kenyataan Putar Belit Noh Salleh - “Semua Dia Kata Tak Benar”
Ibu kandung Musa, Athira menafikan sekali lagi segala kenyataan dikeluarkan penyanyi Noh Salleh di mahkamah, semalam.
Athira menjelaskan, dia kesal dan kecewa dengan kenyataan putar belit yang dikeluarkan oleh penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan itu.
Menurutnya, dia tidak pernah memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa ketika ia di bawah penjagaan Mizz Nina.
"Semua kenyataan dia (Noh) tidak benar dan saya dimanipulasi olehnya. Ketika dia minta saya menandatandangi Statutory Declaration (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia menjaga Musa buat sementara.
“Disebabkan itu saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sumpah.
“Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jadi SD itu tidak sah," katanya.
Tambah Athira, dia juga tidak tahu perancangan Noh untuk mengambil Musa ketika ketiadaan Mizz Nina dalam negara pada 19 Disember tahun lalu.
“Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi bila saya dengar kenyataan yang diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang dia cakap semuanya tak betul.
"Saya mula pelik apabila dia menyuruh saya menyekat nombor telefon Nina. Jadi di sini niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini," katanya.
Athira sekali lagi menegaskan dia menyerahkan penjagaan Musa hanya kepada Mizz Nina sejak dari awal lagi.
“Dari awal saya tandatangani surat penyerahan itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Nina adalah penjaga Musa yang sah,” katanya.
Sementara itu, Athira kesal apabila nama penuhnya tersebar selepas dia meminta Noh membuat permohonan maaf pada 25 Januari lalu.
“Malah berkenaan gambar Musa dimuat naik di laman sosial, Noh tahu kami sudah berjanji untuk tidak mendedahkan wajahnya. Nina juga memuat naik gambar tanpa mendedahkan wajah Musa, jadi takkan dia tidak faham.
“Saya memang tak mahu muka Musa didedahkan, antara sebabnya saya menghormati Nina sebagai pempengaruh.
“Kemudian sekali lagi Noh mendedahkan nama penuh saya, sedangkan dia yang merancang semua ini. Saya geram dan berasakan diri ini seakan dipergunqkan. Sekarang mangsanya adalah saya.
“Dia seolah-olah berdendam dengan saya apabila dia berbuat demikian, kalau dia betul-betul memohon maaf bukan itu caranya, malah sekarang rasanya dia sudah menyekat nombor telefon saya,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar