Laman Utama

Ibu Tak Nak Menantu Janda, Mahu Anak Dara! Wak Doyok Komen - “Bukan Makcik Yang Nak Kahwin”

Mya Amri
29/05/2022
02:07 MYT
Sponsor Banner
Ibu Tak Nak Menantu Janda, Mahu Anak Dara! Wak Doyok Komen - “Bukan Makcik Yang Nak Kahwin”
Usahawan dan pelakon, Wak Doyok juga tidak ketinggalan ditanya mengenai perihal jodoh memandangkan usianya sudah mencecah 43 tahun.
Bagaimanapun, baru-baru ini ibunya menjadi viral apabila menjawab secara spontan ketika ditanya mengenai menantu pilihannya.
Menerusi satu video TikTok yang dikongsi oleh Majalah Nona, ibunya meluahkan hasrat tidak mahu bermenantukan wanita yang berstatus janda.
“Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia tetap makcik tak nak!” kata ibunya.
Namun jawapan ibunya itu disambut dengan gelak ketawa Wak Doyok yang kemudiannya membalas:
“Bukan makcik yang nak kahwin saya nak kahwin. Tapi susahkan kalau jodoh kita tak tahu,” kata Wak Doyok mengusik ibunya sambil ketawa.
@majalahnona Wak Doyok anak manja rupanya! Sayang betul si emak walaupun usia Wak dah 42 tahun. Tapi berkatnya harta @wakdoyok8055 sebab bahagiakan emak, tengoklah banglo mewah gaya vintaj ni, macam muzium Inggeris! #fyp #foryou #fypシ #fypmalaysia #fashion #mother #wakdoyok #gayadirumah ♬ original sound - NONA
Dalam temu bual santai itu juga, ibunya mendedahkan pernah mencarikan pasangan buat Wak Doyok.
“Dulu ada tapi dia tak nak,” katanya ringkas.
Terdahulu, Wak pernah berkongsi mahukan seorang wanita yang boleh tinggal bersama ibu mentua kerana memikirkan keadaan ibunya yang sudah tua.
Dia juga sebelum ini pernah dijodohkan oleh ibunya dengan seorang gadis namun dia sendiri masih belum bersedia.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar