Hiburan
Ibu Titip Doa Buat Syafiq Kyle & Mimi Lana – “Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah”
bu kepada pelakon Syafiq Kyle, Rohaya Sulaiman, meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya itu selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, pelakon Mimi Lana.
Sebagai ibu, Rohaya berharap agar perkahwinan anak keduanya itu diberkati dan dipenuhi dengan keimanan.
“Ibu ucapkan selamat pengantin baharu,kepada anak ibu Syafiq Shamim dan pasangan, Mimi Lana.
“Semoga dapat melayari bahtera dengan penuh keimanan, banyakkan bersabar dalam rumah tangga, InsyaAllah.. Bahagia sehingga jannah,” kata Rohaya.
Terdahulu, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di IG.
Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas sumber rapat mengatakan pasangan itu akan bernikah.
Dengan sekali lafaz, Syafiq dan Mimi telah disahkan bergelar suami isteri pada pukul 5.30 petang Jumaat.
Difahamkan majlis tersebut telah dilaksanakan secara tertutup di The Petrichor Taiping dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman terdekat sahaja.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Must-Watch Video