Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ibu Tiup Kata-Kata Semangat Untuk Aliff Aziz - "Allah Sayang Abang, Jangan Pernah Takut... Kamu Tak Sendirian"

Amri Hassan 22/03/2024 | 20:40 MYT
Ibu kepada artis sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil terus meniupkan kata-kata semangat buat anak terunanya yang kini sedang bergelut dengan pelbagai ujian dan kontroversi.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”

Tulis Siti Hafiza menerusi hantaran video nyanyian Aisyah Aziz di Instagram, Aliff tidak sendirian dan mereka sentiasa ada di belakangnya tak kira apa saja berlaku.
"Masyaallah tabarakallah alhamdulillah hidup mati rezeki kita semua Allah yang tentukan, bukan manusia.
"Inilah peringatan yang selalu anakanda kami Aisyah Aziz pesan pada kami. Masya-Allah yang penting ikhlas dan niat kerana Allah.
"Khas buat anakanda Aliff Aziz, lagu ini khas untuk kamu oleh adik perempuanmu. Jangan pernah takut, kamu tak pernah bersendirian. Allah sentiasa bersamamu, kami juga ada di belakangmu tak kira apa juga yang berlaku," tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”

Tambah Siti Hafiza lagi, secara optimis dan berlapang dada, ujian yang dilalui pasti ada hikmah yang tersirat.
"Allah sayang abang dan Allah Maha Baik, pasti ada hikmah dalam apa jua ujian yang datang. Tiada siapa yang sempurna.
"Bangkit dan semoga Allah permudahkan perjalananmu dan berikan ketenangan dalam hatimu. Kami sayangkan kamu," ujarnya bersama tanda pagar #NoPretending #IfOnlyPplKnowWhatWeKnow.
Terdahulu, dunia hiburan digemparkan dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.
Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.
Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.

BERITA TRENDING: Tak Datang Sebutan Pertama Kes Cerai, Aliff Aziz Tak Tipu Sibuk Jalani Penggambaran Drama Dengan Ruhainies

Ruhainies berkata, kakaknya pelakon Risteena sepatutnya sudah datang lebih awal ke rumahnya namun terlewat kerana berdepan dengan kesesakan jalan raya.
Selang beberapa minit selepas Ruhainies membuat penjelasan, Aliff juga turut bersuara mengenai dakwaan khalwat berkenaan.

BERITA TRENDING: Selepas Isu Ditangkap Khalwat, Akhirnya Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Terhadap Aliff Aziz

Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.
Baru-baru ini, Hafiza didakwa sudah tidak mengikuti menantunya, Bella Astillah di akaun Instagram.
#Viral #Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Lagu #Aisyah Aziz #Nyanyian #Kepadamu Kekasih #Siti Hafiza
;