Viral
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat oleh seorang doktor mengenai salah seorang pesakit di kliniknya berjaya mencuri perhatian ramai.
Minta MC
Menerusi perkongsiannya di Platform X, Dr tersebut akui terkejut setelah seorang pesakitnya yang berusia lingkungan 30an tiba-tiba meminta MC ketika sesi konsultansi."Doktor, saya nak MC dua hari.” Terkejut saya masuk-masuk dah minta MC.
"Seorang pesakit umur 30an duduk di kerusi konsultasi, postur badannya lemah, bahunya jatuh, lebam hitam bawah matanya tampak sangat gelap.“Doktor, saya nak MC dua hari.” Terkejut saya masuk-masuk dah minta MC.Seorang pesakit umur 30an duduk di kerusi konsultasi, postur badannya lemah, bahunya jatuh, lebam hitam bawah matanya tampak sangat gelap.— Dr Samhan (@DoktorSamhan) May 2, 2024
Bila saya tanya, “Sakit apa ya puan?”, Embun air mata mula terbentuk di hujung matanya. Saya penat doktor, saya dah bekerja lima tahun, tetapi saya seorang sahaja staf di situ.
“Kerja admin, kerja akaun, kerja personal assistant, semua lah saya buat belaka,” keluhnya," tulis Dr tersebut.
Dikerah bekerja
Selain itu, wanita itu turut mendakwa dirinya telah dikerah untuk bekerja sehingga muntah dan hilang selera makan.“Saya dikerahkan bekerja sampai tahap saya muntah setiap pagi dan saya mula hilang selera makan.”
“Saya dah pernah pitam di tempat kerja tapi tiada siapa yang perasan. Lepas saya tersedar, saya cuba untuk minta half-day, tapi tak dilayan. Jadi, saya terpaksa sambung kerja," ujarnya kepada Dr tersebut.
Bukan kali pertama
Sementara itu, Dr tersebut turut mendedahkan bahawa kes seperti ini bukan kali pertama berlaku sepanjang dia berkhidmat di klinik miliknya."Sebenarnya bukan sekali dua ada isu seperti ini yang datang ke klinik saya. Nasihat saya, sebagai majikan kita perlu peka dengan kesihatan mental pekerja kita.
"Manakala untuk pekerja, jangan mengelak daripada komunikasi terbuka dengan majikan. Luahkan apa yang terbuku dalam hati, tambahnya lagi.
Berita Trending: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Must-Watch Video