Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Imbasan CT Tze Liang Normal - Hannah

Gempak 03/11/2024 | 06:55 MYT

Imbasan CT penerjun negara, Ooi Tze Liang yang mengalami kecederaan semasa final acara papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam, didapati dalam keadaan normal.

BERITA BERKAITAN: "Tiada Dendam, Dia Ayah Kepada Anak-Anak Saya" - Didie Alias Syukur Dapat Sempurnakan Perjalanan Akhir Allahyarham Ridzuan Hashim

BERITA BERKAITAN: Tertengok Video Gali Kubur, Neelofa Ingat Mati - "Mungkin Saya Yang Ada Dalam Liang Lahad Tu"

BERITA BERKAITAN: Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi

BERITA BERKAITAN: “Jejak Jer Kaki Ke Liang Lahad, Hati Saya Berdebar” - Jadi Penggali Kubur, Aweera Bawa Watak Kejam?

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau telah menghubungi Tze Liang, 30, yang mengalami luka di kepala selepas terhantuk papan anjal ketika melakukan terjunan kedua.

"Saya telah mesej beliau, dan beliau dalam keadaan baik, boleh membalas mesej saya. Beliau baru sahaja diperiksa doktor, dan doktor mengesahkan imbasan CT adalah normal.

"Perkara itu sangat melegakan. Saya menonton video kejadian itu dan melihat bagaimana mereka segera memberikan rawatan awal. Institut Sukan Negara (ISN) merupakan pihak pertama yang memaklumkan kepada saya, jadi saya telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif untuk meneliti bentuk pemulihan yang boleh diberikan kepada beliau," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Kejohanan Wusyu ASEAN-China, pada Ahad.

Memetik laporan dikongsikan Sinar Harian, semasa kejadian, Tze Liang bersaing bersama rakan sepasukan, Muhammad Syafiq Puteh, serta penerjun dari Jepun, New Zealand, Indonesia, Taiwan, dan Singapura. Kecederaan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan saingan dalam acara itu.
Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low, turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu maklumat terkini daripada pegawai bertanggungjawab mengenai keadaan Tze Liang.

#Imbasan #Normal #Liang #Tze
;