Hiburan

Ina Naim Nikah 8 November Dengan Mohd K?

Gempak
25/10/2024
02:52 MYT
Sponsor Banner
Ina Naim Nikah 8 November Dengan Mohd K?
Penyanyi yang juga balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.

BERITA TRENDING: Dikecam Tak Tangisi Pemergiaan Suhaimi Saad, Ina Naim; “Lainlah Kalau Suami Meninggal Dalam Keadaan Mati Katak Atau Buat Maksiat…”

Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu sudah hangat diperkatakan ramai di media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun ia dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Malah, nama anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam juga disebut-sebut sebagai calon suami baharu Ina dan dinafikan lelaki itu kerana dia sama sekali tidak mengetahui perancangan perkahwinan berkenaan.
Isman yang sudah melihat kad undangan perkahwinan Ina itu berkata, dia lega kerana memang bukan dirinya dan langsung tiada kena-mengena dengan perancangan perkahwinan terbabit.
"Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K dan bukan Isman.
"Sebenarnya apabila nama saya disebut-sebut itu, saya ada hubungi Ina dan bertanya padanya. Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.
"Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa saja dan bukan artis. Itu saja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya," katanya kepada Harian Metro.

BERITA TRENDING: “Miskin, Kaya, Semua Dia Bantu” - Ina Naim Dedah Arwah Suhaimi Saad Gemar Bersedekah, Tak Pernah Iri Hati

Menurut Isman, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin dan naik pelamin tidak lama lagi, dia mendoakan wanita itu serta anak-anak Allahyarham sahabatnya, Suhaimi akan menjalani kehidupan yang gembira serta bahagia di dunia hingga akhirat.
Terdahulu, kad undangan perkahwinan Ina yang tersebar itu tertera nama ibu bapa bakal pengantin perempuan iaitu Mohd Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.
Dituliskan juga majlis pernikahan itu akan berlangsung pada tarikh 8 November di lokasi Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga. Namun, nama penuh pengantin lelaki ditutup.
Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan Ina untuk penjelasannya tidak berjaya apabila kiriman mesej di WhatsApp tidak dibalas, begitu juga panggilan telefon dibuat tidak berjawab.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim berkahwin dengan Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun itu, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

BERITA TRENDING: Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar