Viral

Individu Buat Fitnah Terhadap Pasangan Tular Nikah Sederhana Telah Cerai Tampil Mohon Maaf - “Saya Tahu Saya Bodoh Sebab Tak Fikir”

Khairil Khusyairi
19/12/2024
06:20 MYT
Sponsor Banner
Individu Buat Fitnah Terhadap Pasangan Tular Nikah Sederhana Telah Cerai Tampil Mohon Maaf - “Saya Tahu Saya Bodoh Sebab Tak Fikir”
Individu yang membuat fitnah terhadap pasangan tular yang bernikah secara sederhana telah sah bercerai tampil membuat permohonan maaf kepada pasangan tersebut.

Tampil Mohon Maaf

Menerusi perkongsian di X, pasangan tersebut memuat naik tangkap layar mesej permohonan maaf yang dihantar individu tersebut.

“Saya memohon maaf atas kekhilafan saya terhadap puan dan suami berserta keluarga kedua dua pihak atas sebaran fitnah yang tidak berasas bahawa puan dan pasangan telah bercerai.

“Saya hanyalah insan yang biasa yang tidak terlepas atas terhadap salah dan silap. Sekali lagi saya dengan rendah diri meminta maaf atas kertelanjuran statement yang telah saya buat naik diatas laman sosial X.

“Saya berharap puan dan keluarga bersedia menerima permohonan saya ini dan saya bersedia memberikan kerjasama terhadap apa apa tindakan lanjut selepas ini.

“Saya tau saya bodoh sebab tak fikir consequences melakukan posting sebegitu. Saya minta ampun lagi sekali puan. Saya takut ayah saya yang sedang strok lagi bertambah sakit bila dapat tau anak dia viral. Saya tau mesti puan akan fikir ‘ha baru nak fikir sebelum post tak fikir’. Ye betul puan saya memang tak patut bermulut celupar melakukan posting macamtu,” tulis permohonan maaf tersebut.

Isteri ​Harap Tidak Diganggu Lagi

Sehubungan dengan itu, wanita dipercayai pasangan tular tersebut tampil membalas permohonan maaf tersebut.
Jelas wanita tersebut, dia memaafkan tindakan wanita tersebut dan berharap dia dan suami tidak diganggu lagi.

“I maafkan you, jangan ganggu i dan semoga you berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.

Terdahulu, seorang individu membuat fitnah rumah tangga pasangan tular yang bernikah secara sederhana itu telah sah bercerai.
Untuk info, pasangan tersebut tular kerana hanya mengeluarkan bajet tidak lebih RM1,000 untuk majlis pernikahan mereka.
Majlis tersebut turut diadakan secara sederhana tanpa hantaran dan juru solek berikutan keputusan kedua-dua belah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh Pasangan Viral Nikah Sederhana Telah Sah Cerai? Tuan Badan Tampil Respons

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak Dedah Bercerai Februari Lalu, Hidup Hancur Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga - “Dalam Idah Pun Dia Pukul”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Zulkifli Al-Bakri Nasihat Pasangan Bercerai Elak Buka Aib - “Jangan Cederakan Emosi Anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024