Terkini

Indonesia Haram Jual Telefon Pintar Buatan Google

Gempak
02/11/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Indonesia Haram Jual Telefon Pintar Buatan Google
Indonesia telah mengharamkan penjualan telefon pintar buata Google Alphabet kerana peraturannnya mengkehendaki penggunaan komponen tempatan.
Langkah itu dibuat beberapa hari selepas penyekatan penjualan iPhone 16 di republik tersebut atas sebab sama.
Indonesia menyekat jualan telefon Google Pixel kerana syarikat itu tidak memenuhi peraturan yang memerlukan telefon pintar dijual di negara ini mengandungi sekurang-kurangnya 40 peratus komponen buatan tempatan.
"Kami mendesak peraturan ini supaya ada keadilan untuk semua pelabur di Indonesia.
"Produk Google tidak mematuhi skim yang kami tetapkan, jadi ia tidak boleh dijual di sini," kata jurucakap Kementerian Perindustrian, Febri Hendri Antoni Arief.
Sementara itu, Google berkata telefon Pixel buatan mereka ini tidak diedarkan secara rasmi di Indonesia.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar