Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Ingatkan Sunat Tak Nangis, Rupa-Rupanya..." - Linda Kongsi Dugaan Jaga Anak Pantang Berkhatan

ZULHILMI JALIL 12/12/2019 | 04:25 MYT
Pelakon Linda Rafar berkongsi pengalaman menjaga anak lelakinya, Syed Rezariiq yang kini sedang dalam proses berpantang selepas selamat menjalani proses berkhatan.
Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar, 41, berkata, situsi menjaga anaknya itu mengingatkan dirinya sewaktu menjaga arwah anaknya, Memen.
"Dalam proses menjaga orang berpantang sunat. Macam-macam dugaan lepas bersunat, ingatkan sunat tak menangis, balik kira dah selesai.. rupa-rupanya, balik habis ubat bius terus mengerang nangis.
"Mama tak boleh nak tidur. Terus terimbau sewaktu menjaga arwah memen masa kat hospital," tulisnya.
Linda berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Katanya, proses menjaga anak yang sedang berpantang bukanlah sesuatu yang mudah.
"Sekarang masih dalam proses berpantang. Jaga makan, minum, bilik tak boleh sejuk sangat atau panas sangat.
"Sediakan air, biskut bila tengah malam minta makan, Bukan senang ye nak lalui proses ni. Lain orang lain dugaan," kongsinya.

Terpaksa Tunda holiday.. Dlm proses menjaga org berpantang sunat.. mcm2 dugaan lepas bersunat ingat sunat x nangis,balik kira dah selesai.. rupanyaa balik habis ubat bius trus ngerang nangis.. mama takleh nk tido.. trus terflashback jaga arwah memen masa kat hospital?.. Now still proses berpantang,jaga mkn,minum,bilik xleh sejuk sgt or panas sgt.. standby la air,cookies bila tgh mlm mintak mkn..?‍♀️.. bukan senang ye nk lalui proses ni.. lain org lain dugaan.. jom share anak2 yg dlm berpantang sunat.. ada x lalui sama mcm linda lalui?? Teka mme satu yg bersunat tu? @rezaqiib_ @rezaliif_ @rezariiq68 @syedaiman75 #CQF???? #SunwayLagoonMy @sunwaylagoonmalaysia ????

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Perkongsian anggota kumpulan Elite itu kemudian menerima pelbagai respons yang berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu menjaga anak selepas berkhatan.
"Sama macam saya juga, anak bongsu pulak tu...banyak cikadak abang-abang dia dulu okay jer.
"Bagi dia minum air ikan haruan cepat nanti dia sembuh, Insya-Allah," komen sebahagian pengikutnya.
Linda mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syed Aiman pada Disember 2006.
Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 11, Syed Rezariiq, 8, dan Syed Rezaliif berusia tiga tahun.
Terdahulu, Linda menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 18 dan Rezaiman Keiflin yang meninggal pada usia 12 tahun pada 2014.
#pelakon #Pelakon #Linda Rafar
;