Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai
Hampir Hilangkan Diri
Bercakap kepada Gempak, Mawar atau nama sebenarnya Wan Shahputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata, hasrat itu timbul kerana mahu mencari ketenangan selepas berdepan episod perpisahan bersama bekas suami, Raf Yaakob pada penghujung tahun lalu.
“Jujur cakap saya hampir nak hilangkan diri daripada industri tetapi saya tahu saya perlukan masa untuk diri saya sendiri.
“Bila saya kembali baik, saya tahu ini adalah punca rezeki saya dan anak-anak yang masih kecil.
Tekanan Media Sosial Jadi Punca
Dalam pada itu, Mawar akui tekanan daripada media sosial antara punca dia terdetik untuk menghilangkan diri.
“Fasa saya kini adalah fasa kehidupan peribadi saya, jadi saya rasa adakah saya perlu berhenti sekejap ditambah pula dengan tekanan dari media sosial.
“Bagi saya, mungkin daripada saya mula jadi selebriti lagi saya dah lalui macam-macam, jadi saya juga mahu menjaga mental saya juga, jadi itulah saya terfikir perkara itu.
Pulihkan Diri Sendiri
Enggan perasaan tersebut terus menyelubungi diri, ibu tunggal itu terpaksa mengambil masa selama enam bulan bagi ‘memulihkan’ diri sendiri dan bangkit semula.
“Dalam masa enam bulan juga saya betul fokus pada diri sendiri dan bagi masa pada anak-anak.
“Banyakkan buat aktiviti sihat seperti membaca, banyak masa bersama anak-anak.