Viral
Insiden Tembakan: Aaron Aziz Segera Ambil Anak Di SCM, Sempat Titip Pesanan - “Ingat Adik Jangan Pernah Panik Semasa Kecemasan”
Pelakon, Datuk Aaron Aziz berkongsi video memaklumkan anaknya juga salah seorang pengunjung di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam ketika insiden tembakan berlaku pada Sabtu.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Aaron memberitahu ketika itu dia mahu mengambil anaknya keluar daripada pusat beli belah tersebut.
"Ada tembakan dekat SCM, jadi saya hanya mahu ambil anak saya keluar daripada SCM," katanya ringkas.
ARTIKEL BERKAITAN: Vannesa Reynauld Kongsi Detik Cemas Berdepan Insiden Tembakan - “Teman Lelaki Saya Melihat Mangsa Ditembak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Tembakan: Pusat Beli-Belah Disahkan Selamat - Polis
ARTIKEL BERKAITAN: Lepaskan Lapan Das Tembakan Di Pusat Beli-Belah, Lelaki Warga Tempatan Sedang Dijejaki Polis
Pada masa sama, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu juga menasihatkan anaknya iaitu Dahlia Arissa untuk tidak cemas sekiranya berhadapan dengan insiden kecemasan.
“Guys Make sure your loved ones are safe kalau ada di SCM tadi (malam Sabtu). Ada tembakan di SCM anak saya kata tadi satu Mall diarah keluar.
“Remember adik @dahliaarissaaaron never panic during an emergency,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, seorang lelaki warga tempatan telah dilaporkan melepaskan lapan tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, pada Sabtu, sebelum bertindak melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu Astro AWANI, susulan insiden tersebut, seorang lelaki telah tercedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Lelaki itu pula, katanya lagi, bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dan polis kini sedang berusaha menjejaki individu berkenaan yang dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
Must-Watch Video