Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Iqbal Zulkefli Dijangkiti COVID-19 Ketika Turun Kawasan Banjir, Mohon Maaf Pada Warga Kelantan - “Izin Saya Berehat…”

Umirah Halim 11/12/2024 | 05:55 MYT

Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli memaklumkan bahawa dirinya telah dijangkiti Covid-19 ketika turun di kawasan banjir negeri Kelantan.

Dijangkiti COVID-19

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Iqbal, 30 menyatakan tubuh badannya mengalami sakit yang teruk disamping batuk yang menyebabkan pendarahan pada bahagian tekak.

“Rupa-rupanya saya terkena jangkitan Covid-19 ketika turun di kawasan banjir Kelantan. Badan terasa sakit sebab batuk tidak henti sampai berdarah dalam tekak. Sudah lebih tujuh hari.

“Doktor selalu marah sebab saya jenis yang kerja kuat tanpa sedar kesihatan. Dalam keadaan sakit saya sempat ke Indonesia lagi. Sekarang menunggu keputusan darah bagi jangkitan Leptospirosis (kencing tikus),” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Mempertahankan DSV, Iqbal Zulkefli Dedahkan Perkara Sebenar - “Minta Maaf Saya Mencelah Sedikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta? - “Saya Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh…”

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."

Pada hujung coretan, bekas teman lelaki Datuk Seri Vida itu turut memohon maaf kepada warga Kelantan serta mendedahkan dirinya mempunyai perancangan untuk membantu mangsa banjir di sana.

“Maaf warga Kelantan. Izin saya berehat sebentar sahaja. Saya masih ambil tahu perkembangan banjir di Kelantan. Ada banyak perancangan yang saya sudah aturkan.

“Namun takut mangsa banjir terlalu berharap sedangkan kudrat saya pun tidak terlalu besar dengan keadaan ekonomi sekarang tidaklah selancar dulu.

"Saya cuba buat yang sehabis baik ya,” katanya.

Sekadar info, statistik pada November melaporkan seramai 80,163 mangsa terlibat banjir di Kelantan.

#Banjir #Demam #COVID-19 #iqbal zulkifli #jangkiti
;