Hiburan

Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."

gempak
Amri Hassan
10/05/2024
08:30 MYT
Sponsor Banner
Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli bertegas untuk tidak akan memulangkan anak angkat yang dijaganya, Ahmad Ziyad kepada keluarga kandungnya.
Namun, jelas Iqbal dia tidak akan memisahkan anak angkatnya dengan kedua-dua orang tuanya.

"Tegas saya katakan, saya tidak akan sesekali pulangkan. Syukur setakat ini tiada isu dan sangat baik. Tetapi saya tidak akan pisahkan dari orang tuanya," jelasnya menerusi Instagram Stories.

BERITA TRENDING: "Tiada RM50,000 Sebulan Saya Tak Boleh Jalani Kehidupan Seharian" - Iqbal Zulkefli

Menerusi sesi soal jawab, Iqbal ditanya tentang pendiriannya untuk menjaga anak angkat dan ketakutan sekiranya Ziyad diambil semula oleh keluarga kandung.
"Terpaling takut kalau satu hari anak angkat you tu akan diambil oleh mak kandung dia, tak nak jadi macam DAS (Datuk Seri Aliff Syukri)," tanya pengguna terbabit.
Untuk rekod, Iqbal mengambil Ziyad sebagai anak angkatnya sekitar Mei 2022 ketika bayi itu baru berusia tujuh hari.

BERITA TRENDING: "Saya Rasa Comel, Kulit Cantik" - Demi Muafakat, Ini Sebab Iqbal Zulkefli Cari Anak Angkat Berbangsa India

PILIHAN PEMBACA: “Biarlah Tidak Cantik Asal Ada Akhlak” - Iqbal Mahu Pasangan Yang Jujur, Idam Gadis Kampung
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024