Laman Utama

Iring Jenazah Kawan Baik Sampai Ke Liang Lahad, Hafiz Mahamad Bikin Ramai Sebak – “Saya Nak Rasa Tubuhnya Hingga Ke Penamat”

Amri Hassan
23/12/2020
05:45 MYT
Sponsor Banner
Iring Jenazah Kawan Baik Sampai Ke Liang Lahad, Hafiz Mahamad Bikin Ramai Sebak – “Saya Nak Rasa Tubuhnya Hingga Ke Penamat”
Instafamous Hafiz Mahamad terus menyentuh hati ramai selepas pemergian sahabat baiknya, Loh, yang meninggal dunia kelmarin.
BACA: Sahabat Baik Instafamous, Hafiz Mahamad Meninggal Dunia - "Masa Terakhir Jumpa Saya Dah Tau Berapa Lama Jangka Hayat Dia Boleh Bertahan .."
Dalam perkongsian terbaharu di IGTVnya, Hafiz pulang ke kampung halaman bagi memberikan penghormatan terakhir buat arwah sahabatnya itu.
Malah, Hafiz yang kelihatan sugul sempat mengiringi jenazah Loh hingga ke liang lahad.
"Ini kali terakhir aku datang sahabat.
"Bila sampai di Kelantan terus ke bilik jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni.
"Sahabat yang membesar dan selalu sokong sekarang berada dalam kain kafan, saya hanya mampu rasa tangan sahabat dengan sentuh kain kafan tu. Tangan sahabat tu lah yang selalu angkat doa dan usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya.
"Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat
"Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil & suara saya tak dapat tahan lagi sebak tu.
"Saya ke kubur, saya turun ke liang lahad. Saya nak sentuh dan rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat," coretnya.
Kehebatan silaturrahim antara Hafiz dan arwah Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor itu menyentuh hati ramai.
Sahabat sejati kekal sampai mati.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Loh.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar