Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Isa Khan Sahkan Abang Positif Covid-19 Di Indonesia, Kini Sedang Berehat

Amri Hassan 07/01/2021 | 08:20 MYT
Pelakon Isa Khan mengesahkan abangnya, Aliff Alli Khan yang juga pelakon di Indonesia, positif virus Covid-19.
Bagaimanapun, Aliff, 30, sudah mendapatkan rawatan sepatutnya dan sedang menjalani kuarantin di kediamannya.
"Aliff disyaki positif Covid-19 sejak awal Disember lalu dan kami sekeluarga mencari ikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang betul untuk virus itu.
"Alhamdulillah sudah membaik dan kesihatannya sudah beransur pulih.
"Kondisi dia mulai stabil sejak beberapa hari ini dan sedang berehat di rumah," katanya kepada Gempak.
Kongsi Isa, 28, lagi, Aliff kini dijaga dan dipantau oleh abangnya, pelakon dan model Miller Khan yang turut berada di Indonesia.
Terdahulu, media Indonesia melaporkan Aliff dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital ekoran positif Covid-19.
Difahamkan keadaan Aliff bertambah teruk ekoran masalah keretakan rumah tangganya dengan Instafamous Indonesia Aska Ongi.
Malah, media melaporkan Aliff mengalami masalah paru-paru kesan daripada gaya hidupnya yang gemar merokok.
Mengimbas semula, Aliff dan Aska telah bercerai selepas 11 bulan berkahwin secara rahsia pada 19 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Alyssa Ismillah Khan.
Sebelum itu, Aliff pernah berkahwin dengan seorang model, Nora Alexandra pada 2016 namun rumah tangga mereka cuma bertahan setahun.
#pelakon #Indonesia #Isa Khan #Miller Khan #COVID-19 #Aliff Alli
;