Ismail Izzani Gembira Berbadan Sasa, Terdetik Sertai Ironman Malaysia - "Alif Satar Idola Saya!"
Azam Ismail Izzani
Kongsi Ismail, pada tahun ini dia sudah mula bersenam dengan melakukan aktiviti berjogging, berbasikal serta sering ke gymnasium.
“Saya ada goals kenapa saya pergi gimnasium, dulu saya pernah mulakan (pergi gim) tapi awal-awal saya dah berhenti. On-off.
“Ketika itu saya fikir saya tiada spesifik goals untuk saya pergi gimnasium. Tapi saya sekarang saya dah mula jogging, berbasikal dan pergi gimnasium.
“Saya nak cabar diri saya dengan lebih secara mental kerana ia sangat penting. Sebab saya juga seorang yang selalu fikir sesuatu perkara itu susah,” katanya kepada Gempak.
Nak Sertai Ironman Malaysia
Dalam pada itu, pelantun lagu Iman itu turut memaklumkan dia sangat mengidolakan pelakon serba boleh Alif Satar dalam bidang kecergasan.
“Alif Satar idola saya dalam fitness dan industri. Dia sangat fit dan semua orang tahu dia seorang yang bagaimana.
“Dia bukan one man team, boleh nak buat tetapi saya tak berani, ada satu kategori rendah lain yang saya nak sertai tahun depan” kongsinya teruja.
Gembiran Berbadan Sasa
Mengulas mengenai penampilannya yang kini lebih sasa, Ismail mengakui gembira dan selesa dengan perkembangan sihat itu.
“Alhamdulillah, saya happy dan selesa.
“Saya amal kurangkan gula, minyak dan nasi pun tiada. Saya hanya makan brown rice dan banyak guna minyak zaitun.
“Ada orang yang bagi saya nasihat mengenai bab pemakanan ini,” ujarnya lagi.