Skip to main content

Budaya Popular

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

astro_gempak_aniq-suhair-dah-sado-buat-peminat-teruja.png
Advertisement
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.

Penampilan Baharu Curi Tumpuan

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama lengkap Aniq Suhair Mohd Salleh ini memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat rutin penjagaan wajah.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah, Aniq tampil dengan penampilan baharu apabila mempamerkan tubuhnya yang tegap pada permulaan video promosi tersebut.

Malah, penampilan pelakon drama Liar itu yang bermisai dan berkumis turut mencuri tumpuan sesetengah warganet.
 

Advertisement
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

 

 

Peminat Komen Badan 'Sado'

Menjengah ke ruangan balas, ada netizen yang meluahkan rasa teruja dengan penampilan baharu Aniq. 

“Perghh dah katang badan Aniq Suhair,” komen peminat.

“Aiyooo sado do Aniq sekarang dah lama tak muncul tiber,” tulis netizen. 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement