Berita

Israel Zalim! Remaja Palestin Mati Kebuluran

Gempak
01/06/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Israel Zalim! Remaja Palestin Mati Kebuluran
Seorang remaja lelaki Palestin menjadi bukti terbaharu kezaliman rejim Zionis yang menggunakan kelaparan sebagai senjata perang genosid di Genting Gaza yang kini memasuki bulan kelapan.
Agensi berita WAFA pada Sabtu melaporkan Abdul Qader al-Sarhi kehilangan nyawanya akibat kebuluran selepas mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital al-Aqsa di Deir al-Balah.

Kebuluran

"Angka kematian akibat malnutrisi dan dehidrasi telah meningkat kepada 37 orang ketika ofensif terus diperhebatkan di bandar Rafah," jelas laporan itu lagi.
Sementara itu, sumber perubatan memaklumkan situasi kesihatan di Gaza semakin buruk setelah sebahagian besar kemudahan kesihatan lumpuh sepenuhnya.
"Ramai lagi penduduk Gaza yang menderita akibat kebuluran dan tidak dihebahkan kepada umum," tegas sumber itu lagi.
Pada Khamis lalu, bayi berusia tujuh bulan di tengah enklaf itu, Fayez Abu Ataya juga meninggal dunia kerana kelaparan setelah tiada bekalan susu dan ubat-ubatan disebabkan sekatan ketat Israel terhadap bantuan kemanusiaan.
Imej menyayat hati mayat Fayez yang hanya tinggal rangka dalam dakapan bapanya di Hospital al-Aqsa di Deir al-Balah turut meruntun jiwa komuniti antarabangsa.
Sumber: Agensi menerusi Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: “Boikot Hanya Sehingga Syarikat Hentikan Sumbangan Kepada Israel” - Pensyarah UIAM

​ARTIKEL BERKAITAN: 2 Pegawai Polis Didakwa Terima RM1.25 Juta Tutup Kes Pembelian Senjata Warga Israel

​ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia4Palestin: “Saya Tak boleh Tidur, Menangis…” - Syafinaz Selamat

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar