Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Isteri Isa Isarb Keguguran, Akui Kesilapan Terlalu Awal Kongsi Berita Hamil - “Kita Akan Rahsiakan Dulu Jika Mengandung Lagi”

Asyikin Mayudin 27/05/2024 | 00:55 MYT

Tiada rezeki menimang cahaya mata lagi, pempengaruh Youtube, Isa Isarb mendedahkan isterinya iaitu Lisa Nosra mengalami keguguran.

Akan Terus Mencuba

Menerusi perkongsian video yang tular di laman sosial, Isa bagaimanapun memberitahu dia dan isteri dalam keadaan baik dan akan mencuba lagi untuk mendapatkan zuriat.

“I rasa I nak beritahu semua penonton fasal yang mengandung hari itu dah gugur. Sebab hari itu kan kita beritahu mengandung. Lepas itu sekarang ini dah gugur.

“Tapi tak apa, kami kuat dan kita akan cuba lagi,” kata Isa.

Mengakui berasa sedih namun Lisa beranggapan apa yang jadi itu merupakan kesilapan mereka sendiri yang terlalu awal berkongsi mengenai dirinya hamil selepas tujuh hari berkahwin.

Kesilapan Sendiri

“Perasaan I sedihlah tapi itu adalah mistake (kesalahan) kita la sebabkan kita post awal,” kata Lisa.

Dalam pada itu, Isa berkata dia terlalu teruja berkongsikan berita gembira ketika itu tanpa mengetahui ia sepatutnya dirahsiakan terlebih dahulu.

BERITA TRENDING: Dituduh Hanya Menyewa Banglo Mewah, Ini Respons Isa Isarb - “Kalau Sewa Pun Apa Masalah Dengan Awak?”

“Masa itu tengah excited, baru kahwin kan tiba-tiba dah double line. Jadi upload terus ‘yay mengandung’. Sebab itu baru orang mula komen ‘eh tak boleh beritahu la awal’.

“Barulah kita tahu tak beritahu awal-awal. Lepas itu dah gugur, jadi Insya-Allah kali ini kita akan rahsiakan dulu kalau mengandung lagi,” ujarnya lagi.

Rahsiakan Terlebih Dahulu

Lisa turut berkata dia dan suaminya akan cuba untuk merahsiakan dahulu jika hamil lagi seperti yang dinasihatkan oleh netizen di laman sosial.

“Kita akan cuba rahsiakan, kita cuba ambil nasihat orang. Sebab terlalu ramai cakap yang kita tak tahu, tak ada pengalaman dalam benda itu. Doakan kita berdua,” katanya.

BERITA TRENDING: Isu Tempatkan Lelaki, Perempuan Satu Rumah, Isa Isarb Batalkan Program, Reda Rugi RM500,000 - “Salah Tetap Salah”

Terdahulu, menerusi laman sosial, Isa berkongsi berita gembira di mana isterinya hamil cahaya mata pertama selepas tujuh hari mereka berkahwin.

#Isa Isarb #Isteri Isa Isarb #Lisa keguguran #Lisa Nosra
;