Isu Duit Raya RM3, Ini Nasihat Uyaina Arshad - “Dapat 10 Sen Sekali Pun Bersyukurlah, Duit Raya Diberi Ikut Kemampuan..."
Pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa geram dengan sikap sesetengah pihak yang tidak bersyukur menerima sejumlah kecil duit raya.
Menurut Uyaina, pemberian duit raya itu sepatutnya diterima dengan seikhlas hati dan bukannya sebagai satu kewajipan menjelang Aidilfitri.
“Dapat seposen sekali pun, terima dan bersyukurlah. Duit raya diberi mengikut kemampuan. Kalau orang tu tak bagi sekali pun, tak berdosa.
“Ikut suka hati dia lah nak bagi ke tak. Dan ikut suka hati dialah nak bagi berapa pun. Jangan buat teruk please. Terpaling entitled,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story miliknya.
Uyaina berkongsi pendapatnya berdasarkan pautan tajuk berita yang mengatakan seorang bapa terkejut apabila anaknya menerima duit raya sebanyak RM3.
Sebelum ini, aktres Diana Danielle juga turut menasihati orang ramai mengenai perkara yang sama.
BERITA TRENDING: "Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!" - Diana Danielle
Terdahulu, tular apabila seorang bapa meluahkan rasa tidak puas hati apabila anaknya menerima duit raya sebanyak RM3.
Bagaimanapun luahan bapa itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihati lelaki itu supaya memahami erti bersyukur.