Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Isu Influencer Lebih ‘Kekwat’ Daripada Artis, Dr Say: “Saya Perlu Setuju Dengan Benda Ini Sebab…”

Umirah Halim 07/04/2024 | 01:00 MYT
Pencipta kandungan dan doktor selebriti, Dr Say Shazril meluahkan pendapat susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh pempengaruh, Mek Yun yang mendakwa sesetengah pempengaruh atau influencer sombong lebih dari selebriti.

Dr Say setuju

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram milik, Dr Say atau nama penuhnya Muhammad Shazril Shaharuddin itu berkata, dia bersetuju dengan kenyataan Mek Yun kerana pernah mengalami situasi berhadapan dengan pempengaruh sebegitu.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

“Saya perlu setuju dengan benda ini sebab kadang-kadang bila saya pergi event pun ada beberapa influencer yang giving vibe ‘Oh I’m the best, kau bukan level aku, I dont talk to you’.
“Satu pesanan mak saya yang saya pegang sampai hari ini, ‘boy no matter how successful you become, always stay humble’,” ujarnya dalam video tersebut.

Nasihat Influencer

Dalam pada itu, Dr Say turut sempat menitipkan pesanan kepada pempengaruh yang baru ingin melihat dunia agar sentiasa tunduk ke bawah dan tidak sombong.
“Jadi kepada influencer yang baru nak up atau dah up, be humble.
“Tak perlu nak merendah-rendahkan influencer lain yang nano atau micro sebab kita pun pernah di tahap itu.
“Dan tak perlu nak merendah-rendahkan profession orang lain.
“Sekiranya ada radio atau TV panggil kita untuk interview, memang kita bangga tapi bangga itu kita simpan untuk diri kita dan circle yang terdekat sahaja, dah cukup sebab takut jadi riak,” ujarnya.

Dr Say minta maaf

Sementara itu, pempengaruh yang berusia 36 tahun itu turut sempat membuat permohonan maaf kepada orang ramai sekiranya dia pernah bertindak sombong ketika berada di luar.
“Di kesempatan ini juga saya nak mintak maaf sekiranya ada yang tegur saya kat luar dan saya tak balas balik.
“Tersenyum tak balas ke, terbongkak ke atau kalau ada saya bagi vibe yang kerek ke, saya minta maaf dan akan cuba jadi lebih baik untuk jadi humble dalam masa akan datang.
“Ingatkan saya okay kalqu saya tersombong sebab saya selalu ingatkan diri saya untuk jadi humble” ujarnya.
Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Mekyun berpendapat bahawa selebriti lebih bersikap peramah dan rendah diri berbanding segelintir pempengaruh atau ‘influencer.’
Mekyun turut dapat merasakan bahawa sesetenah golongan pempengaruh mempunyai sikap ‘pilih bulu’ untuk bergaul.

Berita Trending: Dr Say Shazril Dedah Pendapatan ‘Influencer’ Untuk Sebulan - “It’s Not Just About Followers…”

Berita Trending: #GMWA23: Menang Anugerah, Dr. Say Shazril Terkejut Isteri Menangis - “Dia La Otak, Saya Hanya Badan”
#Artis #Sombong #Influencer #Say #Dr #Mek Yun #Kekwat #Shazril
;