Viral

#GMWA23: Menang Anugerah, Dr. Say Shazril Terkejut Isteri Menangis - “Dia La Otak, Saya Hanya Badan”

gempak
Asyikin Mayudin
26/02/2024
01:50 MYT
Sponsor Banner
#GMWA23: Menang Anugerah, Dr. Say Shazril Terkejut Isteri Menangis - “Dia La Otak, Saya Hanya Badan”
Disaat nama pempengaruh media sosial yang juga pengamal perubatan, Dr. Say Shazril dinobatkan sebagai pemenang Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023, isterinya iaitu Dr Azura Abas dilihat mengalirkan air mata.
BERITA TRENDING: #GMWA23: Sering Berkongsi Isu Kekeluargaan & Kesedaran Autism, Dr Say Ungguli Digital Content Creator…
Tidak menyangka Dr. Azura akan menangis, Dr. Say berkata isterinya merupakan tunjang utama dalam setiap perkongsiannya di laman sosial.
“Akhirnya dia menangis… sumbangan dia besar. Apa saja yang saya nak muat naik di laman sosial, akan laluinya dahulu. Bila saya nak post konten, ada seseorang yang akan periksa.
“Dia la otak saya… saya hanya badan. Sebenarnya, saya memang tak sangka dia menangis. Tak pernah bini menangis sebab saya,” katanya kepada Gempak.
Dr. Say berkongsi perkara itu ketika di sidang media di malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.
Dalam pada itu, Dr. Say meluahkan rasa teruja apabila dia memenangi anugerah Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023.
“Memang sangat teruja, saya punya pesaing sangat layak sebab masing-masing semua profesional. Alhamdulillah, rezeki. Terima kasih kepada pengikut saya, tanpa mereka, tiada la ini (trofi),” ujarnya.
Dr Say berjaya mendapat undian sebanyak 39.77 peratus sekali gus menewaskan empat finalis lain iaitu Aminahtul Mardiah, Dr Syed Aliff Fauzan, Mashy dan Muhammad Noor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live