Isu Kawan Baik Sondol Ex Boyfriend, Netizen Back Up Leona - “Kena Betray Dengan Bestfriend Memang Sakit”
Nama dua personaliti media sosial iaitu Leona Azhar dan Cupcake Aisyah masih lagi menjadi perbualan hangat netizen.
Bukan biasa-biasa, isu mengenai bekas teman lelaki dirampas oleh sahabat baik sendiri dilabelkan sebagai satu perkara yang sensitif.
BERITA TRENDING: Leona Dedah Kawan Baik Sendiri Bercinta Dengan Ex-Boyfriend, Manakala Netizen Pula Petik Nama Cupcake Aisyah?
Disebabkan itu, nama Leona juga menjadi trending di Platform X dan rata-ratanya membicarakan tentang perkara itu.
Kata netizen, kali ini mereka lebih berpihak kepada Leona dan bersimpati kerana anak pelakon Azhar Sulaiman itu dikhianati oleh sahabat baik sendiri.
Rata-rata mereka meluahkan rasa marah dan menasihatkan Leona agar tidak lagi berkawan dengan rakan toksik seperti itu.
Antara komen yang diterima:
BERITA TRENDING: Ibu Cupcake Aisyah Dihenyak Kritikan Gara-Gara Anak Didakwa Bercinta Dengan Ex-Boyfriend Leona
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila pempengaruh Leona Azhar ‘mendedahkan’ sahabat baik sendiri ‘bercinta’ dengan bekas teman lelakinya.
Menerusi video yang tular di platform X itu, Leona menulis sepotong kapsyen berbunyi: “My heart when my best friend got with my ex after we broke up.”
Untuk rekod, Mama Sue merupakan isteri kedua kepada Datuk Mohd Razip.