Sukan

Isu Logo Bendera Malaysia Terbalik Di Baju Lee Zii Jia, Penaja Tampil Mohon Maaf - “Kesilapan Ini Tidak Menggambarkan…”

Asyikin Mayudin
12/12/2024
00:33 MYT
Sponsor Banner
Isu Logo Bendera Malaysia Terbalik Di Baju Lee Zii Jia, Penaja Tampil Mohon Maaf - “Kesilapan Ini Tidak Menggambarkan…”
Susulan kontroversi melibatkan logo bendera Malaysia yang terbalik di baju pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, penaja Victor Malaysia tampil membuat permohonan maaf.

Akui kesilapan

Menerusi kenyataan di X, pihak mereka mengakui kesilapan tersebut yang berlaku pada perlawanan pertaman Zii Jia di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 pada Rabu.
"Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.

"Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh penyelewengan ini," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga menjelaskan mereka sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Terbalik Di Baju Lee Zii Jia Jadi Perhatian, Ramai Back Up - “Siapa Jahit Ni, Takkan Tak Ada Tukang Cek?”

"Sekali lagi, kami memohon maaf yang setulus-tulusnya," jelasnya.
Sebelum ini, logo Jalur Gemilang yang ditampal secara terbalik di kiri baju Zii Jia dalam perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen itu jelas terlihat di kaca televisyen.
Perkara itu juga sekali gus menimbulkan kekecohan di media sosial serta persoalan terhadap ketilitian pemeriksaan pakaian yang digunakan oleh Zii jia.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024