Laman Utama

Isu Pensyarah Viral Hina Pelajar, Fadzilah Kamsah; “Jangan Terlalu Hidung Tinggi, Kelak Makan Diri”

Amri Hassan
30/03/2022
06:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Pensyarah Viral Hina Pelajar, Fadzilah Kamsah; “Jangan Terlalu Hidung Tinggi, Kelak Makan Diri”
Penceramah motivasi terkenal Datuk Dr. Fadzilah Kamsah tampil mengulas perilaku seorang pensyarah institusi pengajian tinggi awam yang memperlekeh kemampuan pelajar seperti tular di media sosial sejak Selasa.
Kongsi Fadzilah, beliau turu sayu dan bersimpati dengan nasib yang menimpa pelajar kurang berkemampuan seperti yang berlaku dalam klip video yang tular itu.
“Yang tua dihormati yang muda disayangi, jangan terlalu hidung tinggi kelak nanti memakan diri
“Semalam tular satu posting video di mana seorang pensyarah merendahkan pelajarnya kerana tak mampu beli komputer untuk kegunaan belajar.
“Masa anak-anak kita belajar kelas online, kita sendiri pernah merasa keadaan ini. Lagi-lagi kalau kita bukan daripada keluarga yang senang. Sayu hati bila tengok pelajar-pelajar yang menghadapi cabaran kerana kekurangan dari segi kewangan.
“Kita dari dulu diajar, "yang tua dihormati, yang muda disayangi." Masing-masing jangan berasa sombong. Yang tua lebih banyak makan garam, yang muda lebih kenal masa sekarang,” ujarnya menerusi posting di Instagram pada Rabu.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 1.45 minit itu, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.
Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya.
“Bapak kau kerja apa, mak dah tak ada? Bapak tak kerja? kau tak ada adik-beradik?
BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40
BACA: “Merosakkan Imej Universiti Keramat” - Prof Hina & Memperlekeh B40? MPP Mohon Tindakan Selayaknya!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar