“Itu Semua Hasil Titik Peluh Saya! Duit Halal” - Fara Mendoza Nafi Hidup Mewah Dengan Kerja Haram
Pelakon kontroversi yang kini bergelar selebiriti media sosial, Fara Mendoza hairan apabila hingga kini orang masih menganggap dia hidup mewah disebabkan kegiatan haram.
Fara sebaliknya menjelaskan setiap kemewahan yang ditonjolkan di Instagram itu semuanya daripada hasil keringat dan titik peluhnya sendiri.
“Masih sampai sekarang semua tuduh Fara makan duit haram.
“Saya nak tegaskan di sini dari dulu sampai sekarang semua itu adalah hasil titik peluh saya sendiri.
“Usaha bersengkang mata dengan keja yang halal dan paling penting bukan wanita belaan or wanita jagaan or buat call girl Awas eh, tak pernah,” katanya.
Jelas Fara lagi, dia juga bukan sejenis yang mudah dekat dengan seorang lelaki biarpun sering berpakaian seksi.
“Walaupun berimej seksi, saya memang jenis susah didekati lelaki.
“Ada nampak saya berpoya dengan lelaki? Bertukar-tukar lelaki atau parti dengan lelaki? Tak ada,” katanya ketika dihubungi Gempak, baru-baru ini.
Untuk rekod, Fara sebelum ini turut terpalit dengan isu berkaitan aktiviti pelacuran kelas atasan, VVIP.
Isu tersebut mula timbul apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan terdapatnya sindiket pelacuran dalam kalangan selebriti yang mampu meraih pendapatan lumayan.
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mendapati kegiatan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil siasatan susulan aktiviti Macau Scam yang juga mengaitkan beberapa artis lain.
Antara yang menjadi mangsa tuduhan tersebut termasuklah Scha Elinnea.
BACA: Dikaitkan Dengan Sindiket Pelacuran Kelas Atasan Pula, Chacha Maembong Bengang Lagi!