Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Izara Aishah Pakai Baju Batik Tak Payah Gosok Pun Lawa!

Amri Hassan 23/10/2022 | 05:16 MYT

"Lawanya…," itu antara pujian diterima pelakon Izara Aishah ketika mengenakan busana jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tanpa Gosok', Sabella.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pemilihan pelakon popular itu adalah bagi menjayakan kempen koleksi baharu Sabella Royal Batik.
"Selepas sekian lama, Sabella kembali bekerjasama dengan selebriti untuk koleksi terbaharu. Diakui, ada ramai nama artis wanita dalam senarai, tapi akhirnya kami memilih Izara.
"Tidak dinafikan, sejak dia membuat penghijrahan, penampilan Izara sentiasa menjadi perhatian ramai.
"Jadi, kami berasakan untuk kempen koleksi baharu ini nak bekerjasama dengan dia. Malah, kualiti yang kami ketengahkan selama ini pastinya bertepatan dengan cita rasa Izara seterusnya untuk seluruh masyarakat dan pelangggan setia Sabella khususnya.
"Dalam masa sama, status Izara sebagai ibu dan wanita bekerjaya pastinya bertepatan degan tagline yang kami bawakan iaitu Baju Kurung Tanpa Gosok. Tak perlu ambil masa lama, tentunya ia sangat memudahkan," katanya.
Menurut Mohd Sufian, bekerjasama dengan Izara satu lagi pengalaman berharga buat jenama Sabella.
"Alhamdulillah, kesudian Izara untuk bekerjasama dengan dalam menjayakan kempen koleksi terbaharu ini sangat kami hargai. Ia satu lagi pengalaman berharga buat pasukan Sabella. Dia sangat profesional, jadi semuanya berjalan lancar," katanya.

A post shared by SABELLA® HQ OFFICIAL IG ️ (@sabella_co)

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#pelakon #Izara Aishah #Batik #Baju Kurung #Sabella
;