Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Jadi Manusia Ni Kena Beradab Bukan Biadap" - Mustaqim Bahadon Sindir Siapa Tu?

ZULHILMI JALIL 20/11/2019 | 02:25 MYT
Pelakon Mustaqim Bahadon memuat naik satu status di Instagram berbunyi sindiran terhadap seseorang dalam industri yang disifatkannya sebagai biadap.
Mustaqim, 34, berkata, dia sentiasa bersifat terbuka untuk menerima sebarang bentuk kritikan, namun, bukanlah dalam bentuk makian.
"Jadi manusia ni kena beradap bukan biadap. Tak suka beritahu je tak bagus. Kita terima. Nak kritik boleh tapi jangan sampai menghina mencarut-carut.
"Bukan kau siap naik isyarat tangan dan maki-maki dengan harapan orang terima komen kau dengan hati terbuka.
"Cara kau tak betul bro. Ke mungkin cara tu nak tunjuk kau hebat dan power dalam pembikinan filem. Adehhh..," tulisnya.

A post shared by Mustaqim Bahadon (@mustaqimbahadon) on

Luahan status pelakon filem KL Vampires itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.
Rata-rata meminta Mustaqim untuk terus bersabar berdepan manusia yang sememangnya pelbagai kerenah.
"Sabar...selagi nama manusia..selagi tu la mulut sikit pun akan mengata orang. Doa banyak-banyak. Semoga dipermudahkan urusan hang kawan," tulis salah seorang pengikutnya.
Pada masa sama, ada juga yang bertanyakan mengenai siapakah individu yang dimaksudkan Mustaqim itu.
Namun, sehingga kini, pelakon tersebut membiarkan persoalan tersebut terus menjadi tanda tanya kepada pengikutnya.
#pelakon #Pelakon #Mustaqim Bahadon
;