Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Jadual Sentiasa Padat, James Jirayu Kongsi Rutin Hariannya Sebagai Pelakon

Izwan Isa 13/05/2024 | 13:55 MYT

Aktor dari Thailand, James Jirayu berkongsi rutin hariannya sebagai seorang pelakon. Menurut lelaki berusia 31 tahun itu, harinya bermula seawal pagi, dengan mengunjungi gimnasium bagi melakukan senaman.

Jadual padat

James atau nama sebenarnya, Jirayu Tangsrisuk berkata, sungguhpun jadual kerja yang pada, sesi bersenam di gimnasium merupakan rutin harian yang sering diamalkan sebelum memulakan pekerjaan.

“Setiap pagi, saya akan bagun dan bersenam di gimnasium. Kemudian, saya akan melunaskan kerja-kerja sehingga petang,” ujarnya ringkas.

James berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Butik OMEGA di The Exchange, TRX, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebagai rakan OMEGA, James berkata, dia menyukai jenama jam tangan mewah itu kerana rekaan yang sangat unik.

“Rekaan yang unik dan kehalusan buatannya membuatkan saya jatuh cinta pada OMEGA. Selain dijadikan sebagai penunjuk waktu, jam tangan OMEGA juga sesuai dijadikan sebagai aksesori pelengkap gaya,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis berkenaan, rakan OMEGA dari Malaysia, Marion Counter.

Butik OMEGA di The Exchange, TRX

Terletak di The Exchange TRX, butik OMEGA merupakan destinasi gaya hidup terbaharu di Kuala Lumpur, yang menjadi mercu tanda kemewahan untuk peminat tempatan dan pelawat antarabangsa.

Ciri utama butik OMEGA di The Exchange TRX ialah ruang istirahat pelanggan eksklusif, yang pertama seumpamanya di Malaysia untuk OMEGA.
Ruang persendirian ini menawarkan suasana yang ‘intim’ bagi pelanggan meneroka koleksi OMEGA dan membolehkan mereka menerima perundingan dan perkhidmatan yang diperibadikan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Doktor, Saya Hanyalah Pelakon” - Mario Maurer Nasihatkan Peminat Yang…

ARTIKEL BERKAITAN: #OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

#Butik #Jam Tangan #TRX #Jadual Padat #James Jirayu #OMEGA
;