Laman Utama

“Saya Bukan Doktor, Saya Hanyalah Pelakon” - Mario Maurer Nasihatkan Peminat Yang…

gempak
Izwan Isa
28/05/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Bukan Doktor, Saya Hanyalah Pelakon” - Mario Maurer Nasihatkan Peminat Yang…
Pelakon Thailand, Mario Maurer mengakui sering didatangi peminat yang meminta untuk diperiksa gara-gara watak Thong Ake dan Thong-on dalam siri Thong Ek dan Royal Doctor.
Mario berkata, sungguhpun senang dengan hal tersebut, namun, dia berharap agar peminat dan penonton dua drama siri itu pergi bertemu dengan doktor sebenar untuk mendapatkan rawatan.
“Ada satu hal yang sering ditanya oleh peminat bila jumpa saya adalah: ‘Mario atau doktor, tolong periksa saya? Tolong check saya sakit apa? Saya ok tak?’
“Pertanyaan tersebut banyak kali berlaku ketika saya muncul dalam Thong Ek. Tapi, bila saya membintangi Royal Doctor, hal yang sama datang semula!
“Tapi saya kata kepada mereka yang saya bukan doktor sebenar. Saya hanyalah pelakon. Saya nasihatkan mereka untuk jumpa doktor yang bertauliah untuk dapatkan rawatan,” katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara mengenai penglibatannya menerusi Royal Doctor, Mario berkata, dia berasa gembira dan teruja menjalani penggambaran drama arahan Chudapa Chantakett itu.
“Suasana penggambaran di set sangat menyeronokkan sebab satu team kenal antara satu sama lain. Tambahan pula, team yang sama mengelolakan Thong Ek: The Herbal Master, jadi kebanyakan rakan pelakon merupakan individu yang sama.
“Situasi belakang tabir pun menyeronokkan. Kita dapat banyak tenaga sebab kru yang terlibat semuanya bagus,” katanya lagi.
Saksikan Royal Doctor di Viu menerusi Astro Ultra dan Ulti Box secara percuma. Dapatkan Pek Primary pada harga RM59.99 untuk saksikan lebih banyak kandungan menarik menerusi #AstroBaharu. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live