Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Jaguh Pecut & Berjaya Dalam Pendidikan, Anak Rita Rudaini Mohon Doa Untuk Dapat Jadi Huffaz Al-Quran - “Saya Sudah Dapat Hampiri Hafalan Juzuk 15 & Perlu…”

Gempak 23/08/2024 | 06:25 MYT
Anak sulung kepada pelakon, Rita Rudaini bukan sahaja berbakat dalam sukan olahraga, malah cemerlang dalam pelajaran.

Berjaya dalam pelajaran
Airit Rayyan Rizqin Mohamad Aidil Zafuan, 15, membuktikan kehebatannya selaku jaguh pecut tidak menghalangnya berjaya dalam pelajaran.
Berkongsi rahsia kejayaannya itu, Airit Rayyan berkata, sukan dan pelajaran perlu seimbang selain memerlukan komitmen sepenuhnya.

"Kita kena letakkan matlamat untuk mencapai sesuatu, misalnya kalau di trek tentulah fokus utama ingin menjadi juara.

"Begitu juga dalam pelajaran, saya sendiri letakkan diri untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya ketika ditemui semasa Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sukan Daerah (MSSD) Sabak Bernam pada Khamis.
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar itu berkata, dalam sukan, beliau menyasarkan lebih banyak rekod baharu dapat dilakukan dalam ketiga-tiga acara disertainya bagi kategori bawah 15 tahun lelaki.
Airit Rayyan berkata, dia bersyukur kerana dapat memecahkan tiga rekod baharu iaitu 100 meter (m), 200 m dan 4X400 meter.
"Sebenarnya ini pengalaman pertama saya menyertai kejohanan peringkat daerah, tidak sangka pula ia membuahkan hasil.
"Biasanya saya masuk olahraga di peringkat sekolah sahaja dan saya kutip pengalaman ini untuk lebih berjaya pada masa akan datang," ujarnya yang memperoleh gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester baru-baru ini.

Tak lupa tanggungjawab sebagai pelajar
Mengulas lanjut, Airit memberitahu, meskipun sibuk dalam acara sukan, namun tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
Katanya, fokus dan tumpuannya dalam pelajaran pula mahu memastikan dapat memperoleh gred purata nilai 4.0 pada semester depan.
Selain itu, katanya, dia turut berdoa dapat bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan 5.

"Sekarang ini, saya sudah dapat menghampiri hafalan juzuk 15 dan perlu bersungguh-sungguh dan lebih bermakna sekiranya duniawi dan ukhrawi ini dapat diseimbangkan," tambahnya

ARTIKEL BERKAITAN:Pecah Rekod Sekali Lagi, Rita Rudaini Luah Rasa Bangga Dengan Anak Sulung - "Mommy Bangga!"

ARTIKEL BERKAITAN:Pecahkan Rekod Larian 100 Meter, Anak Rita Rudaini Dipuji Cemerlang - "Hebat! Main Bola Pandai, Belajar Pun Bijak"

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Tak Tahu Bila Saya Menangis, Anak-Anak Pun Tak Tahu” - Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN:“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A

ARTIKEL BERKAITAN:Rita Rudaini Nafi Sekat Anak Jumpa Aidil – “Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih Saja! Tiada Masa Saya Nak Hasut”

Terdahulu, Airit Rayyan unggul apabila memecah rekod 100, 200 dan 4X400 meter lelaki bawah 15 dalam kejohanan itu.
Airit Rayyan memecah rekod 100 meter selepas mencatat masa 11:44 saat yang sebelum ini disandang, Norazizi Sobari dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Aziz sejak tahun 2004 dengan catatan 11.58 saat.
Airit Rayyan terus melakar kejayaan dalam acara 200 meter apabila memecah rekod milik Lucas Theng Chen Yi dari SMJK Yoke Kuan selepas mencatat masa 23:81 saat sekali gus mengatasi rekod 24:00 saat.
Airit Rayyan turut memberi impak besar buat kuartet 4x400 m MRSM Sungai Besar apabila memenangi pingat emas dan memperbaharui rekod selama 17 tahun milik Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, Sekinchan.
Airit Rayyan, bersama Raja Muhammad A'Yyash Raja Mohd Sidqi, Ammar Haziq Azlan Abdul Aziz dan Ilham Muqhriez Nurul Hisyam mencatatkan larian terpantas dengan masa tiga minit 58.47 saat berbanding rekod sebelum ini empat minit 97 saat.
Sumber: Sinar Harian
#Sukan #Rita Rudaini #Airit Rayyan Rizqin #Jaguh Pecut
;