Hiburan
“Orang Tak Tahu Bila Saya Menangis, Anak-Anak Pun Tak Tahu” - Rita Rudaini
Pelakon Rita Rudaini mengakui tidak mudah untuk dirinya melalui fasa kesusahan dalam hidup setelah bergelar seorang ibu tunggal untuk membesarkan anak-anak.
Rita menangis bersendirian
Menerusi temu bual bersama Suara Sarawak, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata, dia akan menangis ketika bersendirian kerana mengenang kesusahan yang dilalui."Orang nampak saya kuat tapi saya manusia biasa. Ada masa saya lemah. Bila saya penat bekerja saya akan mengimbas kembali kesusahan saya. Masa itulah saya rasa terlalu letih dan saya akan menangis tapi senyap-senyap.
"Orang tak tahu bila saya menangis, anak-anak pun tak tahu.BERITA TRENDING: “3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
BERITA TRENDING: Zaquan Adha Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, menangis adalah salah satu cara untuk dia melepaskan kesakitan yang dialaminya meskipun tiada siapa yang mengetahui.
@suarasarawak
♬ Ernie Zakri Masing Masing Speed Up - Ernie Zakri Vocals "Itu cara lepaskan. Kadang-kadang saya kena menangis juga.
"Saya ini susah menangis, tapi perlu juga untuk saya lepaskan. Kalau tidak saya suka simpan. Kadang-kadang sampai satu masa benda-benda kecil pun saya boleh marah, sebab saya simpan.
BERITA TRENDING: Zaquan Adha Tak Masuk Campur Isu Rumah Tangga Aidil Zafuan Dengan Rita Rudaini, Hanya Doakan Yang Terbaik
BERITA TRENDING: Identiti 'Isteri' Terbongkar, Pasangan Lelaki Kantoi Kahwin…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi kekuatan yang dimiliki oleh Rita.
"Rita ni seorang yang kuat. Kalau tak, dia tak dapat lalui dugaan dia dengan tabah dan dapat membesarkan anak-anak. Hormat sangat dekat dia.
"Ini contoh wanita yang kuat, tak mementingkan keinginan sendiri demi anak-anak.
"Nampak kesedihan dan penat di mata Rita. Semoga dipermudahkan segala urusan Rita," komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Rita dan Aidil Zafuan yang juga bintang bola sepak kebangsaan, berkahwin pada 2008, namun bercerai talak satu pada September 2023.
Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,155, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
Sumber: Suara Sarawak
BERITA TRENDING: Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan…
Must-Watch Video