Viral

Jalan Yaowarat ‘Lengang’ Ketika Penggambaran MV Rockstar, Lisa Dikatakan Bayar RM2,570 Kepada Setiap Pekedai Supaya Tutup Awal

Gempak
29/06/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Jalan Yaowarat ‘Lengang’ Ketika Penggambaran MV Rockstar, Lisa Dikatakan Bayar RM2,570 Kepada Setiap Pekedai Supaya Tutup Awal
Peminat kepada penyanyi, Lisa Manobal pasti berasa teruja selepas lagu dan klip video Rockstar dilancarkan semalam.
Menerusi klip video yang kini meraih lebih 25 jumlah tontonan di Youtube itu, Lisa dilihat menari dan menari di beberapa lokasi popular.

Lengang

Antara lokasi yang terlibat termasuklah Jalan Yaowarat, Bangkok, Thailand - yang turut dikenali sebagai Chinatown oleh penduduk tempatan dan juga pelancong.
Menariknya, sepanjang penggambaran yang dipercayai dilakukan pada waktu malam itu, seluruh jalan Yaowarat ‘lengang’. Apa yang tinggal hanyalah lampu-lampu kedai yang dibiarkan menyala.
Menurut spekulasi, Lisa membayar pampasan sebanyak 20,000 baht (RM2,570) kepada setiap pekedai di sana supaya mereka boleh menamatkan perniagaan lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: BLACKPINK Lancar Filem Konsert Sempena Ulang Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa BLACKPINK Hanya Perlu 2 Jam 18 Minit Kumpul 1 Juta Pengikut Di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual Terlalu Padat, Jennie BLACKPINK Pernah Tidak Tidur 4 Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berlakon Di Layar Kaca, Lisa BLACKPINK Sertai The White Lotus Musim Ke-3

ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo, Jennie, Rosé & Lisa Tidak Perbaharui Kontrak Dengan YG, Tapi Masih Kekal Jalani Aktiviti Sebagai BLACKPINK

Berita itu telah tersebar dengan cepat dalam kalangan netizen menerusi komuniti K-Pop. Tidak kurang, ramai juga yang memuji Lisa terhadap rasa komited dengan karyanya sendiri.
Untuk rekod, Jalan Yaowarat merupakan salah satu kawasan yang paling sibuk dan paling meriah di Thailand, di mana pelancong dan penduduk tempatan sering ke sana untuk membeli pelbagai barangan.
Sumber - Pinkvilla
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar