Hiburan

Jadual Terlalu Padat, Jennie BLACKPINK Pernah Tidak Tidur 4 Hari

gempak
Maliah Surip
02/03/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
Jadual Terlalu Padat, Jennie BLACKPINK Pernah Tidak Tidur 4 Hari
Ada banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan selebriti sebagai bayaran menjadi terkenal.
Selain kehilangan privasi, para selebriti juga perlu mengorbankan masa untuk memastikan pekerjaan yang dipertanggungjawabkan berjalan lancar.
Hal itu dilalui oleh salah seorang anggota Blackpink, Jennie.
Jennie mengaku pernah tidak tidur lebih empat hari kerana terlalu sibuk.
“Saya tidak tidur apabila terlalu sibuk. Saya fikir saya pernah tidak tidur lebih empat hari setengah pada satu masa. Itu (tidak tidur) terjadi sewaktu saya menjalani penggambaran klip video atau filem secara berturut-turut,” ujar Jennie.
Jennie membuat pendedahan itu sewaktu menjadi tetamu episod pertama Pinggyego yang disiarkan menerusi saluran YouTube, Ddeun Ddeun'.
Sewaktu ditanya bagaimana dia memperoleh begitu banyak tenaga untuk tampil cergas di atas pentas meski tidak tidur, Jennie mengatakan dia perlu berbuat demikian.
“Perlu (cergas) walaupun tidak tidur tapi sekarang mungkin tidak boleh,” katanya seperti dilaporkan AllKPop.
Selain Jennie, Cha Tae Hyun, Oh Na Ra, Yang Se Chan, Jennie, dan juga Lee Jung Ha turut menjadi tetamu.

BERITA TRENDING: Tinggalkan YG Entertaiment Untuk Karier Solo, Jennie Blackpink Dedah Maksud Agensi Miliknya ODD ATELIER

BERITA TRENDING: Bakal Berlakon Di Layar Kaca, Lisa BLACKPINK Sertai The White Lotus Musim Ke-3

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live