Jalani Hidup Bersama Anak-Anak Lepas Sah Cerai, Idzham Ismail Fokus Urusan Di Rumah - “Anak Pun Dah Faham, Kita Jalan Depan Yuk Kids”
Fokus Bersama Anak-Anak
Idzham ketika dihubungi Gempak sebelum ini memaklumkan punca perceraian adalah disebabkan tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
Anak-Anak Faham Situasi
Menerusi perkongsian tersebut, Idzham memaklumkan urusan keluarganya dipermudahkan dan anak-anak memahami situasi terkini yang dihadapi mereka.
“Allah bantu, ringan badan ni sekarang. Anak pun dah faham. Kita jalan depan yuk kids,” tullisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Netizen Doa & Puji
Rata-ratanya memuji tindakan bapa kepada dua cahaya mata itu untuk terus menjaga anak-anak selepas berdepan episod perceraian.
“Jarang nampak ayah yang ambil jaga anak kalau divorced, awak hebat,” puji netizen.
“Teruskan content dengan anak-anak, suka tengok,” komen netizen lagi.
“Semoga Allah mudahkan urusan awak dan murahkan lagi rezeki awak dan anak-anak, aaminnn,” tulis netizen lain.
Hak Jagaan Anak Secara Bersama
Dalam pada itu, Idzham juga memaklumkan hak jagaan anak-anak ketika ini adalah secara bersama dengan bekas isteri.
“Bersama (hak jagaan). Bila-bila masa Bella (bekas isteri) boleh datang ke rumah kami,” jawab Idzham kepada soalan netizen.
Idzham dan bekas isteri, Siti Nur Abilah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.