MAJLIS SIDANG MEDIA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Hiburan

Jamal Abdillah & Isteri ‘Tutup Kilang’, Buat Keputusan Ikat Peranakan Selepas Lima Kali ‘Caesarean’ – “Kami Risau…”

Khairil Khusyairi 15/01/2025 | 05:50 MYT
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 66, meluahkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata ketujuh yang selamat dilahirkan pada minggu lalu.

Teruja Kehadiran Magdalena Yamani

Teruja dengan kelahiran bayi yang diberi nama Magdalena Yamani itu, Jamal berkongsi momen-momen dia beriteraksi dengan bayi perempuannya itu.

Kongsi pelantun lagu hits Sandarkan Pada Kenangan itu, dia berinteraksi dengan bayi perempuannya itu dengan cara berselawat dan berzanji.
“Syukur Alhamdulillah saya diberikan seorang lagi cahaya mata dan sangat mengujakan saya.

“Bayi pun tiada masalah, mata juga tak boleh nampak apa lagi kan, saya bagi suara saya dahulu. Saya kenalkan suara saya.

“Saya berzanji, berselawat dan menyanyi. Saya pasti bercakap dengan dia setiap hari,” kongsi Jamal kepada Gempak.

Dalam pada itu, Jamal turut berkongsi keadaan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, yang kini sedang berpantang.

“Isteri juga masih dalam pengawasan, pihak hospital juga akan datang melawat dan akan buat proses berpantang dengan bidan pada minggu hadapan,” ujarnya.

Buat Keputusan Ikat Peranakan

Biarpun teruja dengan kehadiran bayi kelima bersama Zai Izzati, Jamal memaklumkan dia dan isteri sudah membuat keputusan untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL).

Jelas Jamal, keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan risiko tinggi jika hamil lagi kerana isteri pernah melahirkan secara Czer sebanyak lima kali.
“Saya sebenarnya dah buat keputusan dengan isteri saya untuk mengikat salur peranakan.

“Maknanya tidak ada lagi, selepas ini tak ada anak lagi.

“Saya rasa sudah cukup, lagipun isteri juga melahirkan secara Caesarean (Czer) sebanyak lima kali. Saya dan dia risau juga, takut kalau kali keenam Czer juga takut pula. Alhamdulillah semuanya sempurna,” jelasnya.

Untuk info, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Perkahwinan mereka dikurniakan lima anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; Rahil Laura Salsabila Yamani, 2 dan Magdalena Yamani.

Jamal juga mempunyai lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Sambut Anak Ketujuh

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Tepis Dakwaan Zaki Yamani & Yamani Abdillah Tumpang Populariti - “Lari Macam Mana Pun, Bunyi Ayah Mereka Pasti Akan Ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”

#Anak #Jamal Abdillah #Bayi #Ketujuh #Ikat Peranakan
;