Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jamal Abdillah Stop Dulu Tambah Anak, Kasihan Lihat Isteri Sebab…

Izwan Isa 13/11/2023 | 03:55 MYT

Penyanyi yang digelar Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah tidak merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Jamal, 63, berkata, rasa untuk tidak mahu membesarkan keluarga adalah kerana rasa kasihan yang mendalam terhadap isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin yang tidak menang tangan menguruskan empat anak yang sedang membesar.
“Biar dululah buat masa ini… Bukannya apa, saya macam tak sanggup lihat isteri saya jaga anak-anak seharian. Sungguhpun ada pembantu pun tak menang tangan juga.
“Bagi saya bukan mudah untuk uruskan anak-anak yang sedang membesar. Kasihan dengan orang rumah. Jadi bagi saya cukuplah buat masa ini,” katanya.
Jamal berkata demikian ketika ditemui pada acara Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini Datuk Jamal Abdillah baru-baru ini.
Tambah Jamal, memiliki empat cahaya mata sudah dirasakan mencukupi, selain nasihat doktor yang perlu didengar memandangkan isteri melahirkan setiap anak dengan cara pembedahan.
Untuk rekod, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Jamal memiliki dua cahaya mata, Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

BERITA TRENDING: Konsert Mini Jamal Abdillah Kutip Dana Untuk Pusat Tahfiz, NGO & Tabung Pales***​

#Jamal Abdillah
;