Laman Utama
Konsert Mini Jamal Abdillah Kutip Dana Untuk Pusat Tahfiz, NGO & Tabung Pales***
Raja pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 64, akan mengadakan konsert mini sempena Majlis Makan Malam Amal Kaseh PLG pada 22 Disember 2023 di Hotel Royale Chulan Seremban.
Acara itu dijalankan bagi mengutip dana untuk pusat-pusat tahfiz dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta negara Palestin yang menghadapi konflik pada waktu ini.
“50 peratus daripada keuntungan bersih jualan meja akan disalurkan ke Pusat Tahfiz dan beberapa lagi NGO yang bergerak aktif membantu masyarakat.
“Sebahagian daripadanya juga akan disalurkan ke Tabung Bantuan Palestin,” kata Pengarah Program, Norhalim Norsip ketika ditemui pada sidang media Makan Malam Amal Kaseh PLG yang berlangsung di Hotel Royale Chulan pada 7 Oktober lalu.
Selain itu, konsert tersebut turut menyaksikan barisan artis jemputan lain seperti Datuk Nash, Azlan (Lan & The Typewriter) dan Eka Sharif.
Dalam pada itu, Jamal juga berharap agar konsert tersebut mendapat sambutan meriah daripada peminat.
“Harapan saya tinggi, ini kali ketiga saya buat konsert di sini, saya yakin peminat semua akan terhibur, datanglah beramai-ramai supaya kita dapat mengumpul dana,” katanya.
Untuk info, harga tiket boleh didapati serendah RM400 (Bronze Seat) dan RM800 (Silver Seat) buat mereka yang membeli secara individu.
Pembelian boleh dibuat menerusi panggilan telefon:
Must-Watch Video