Hiburan

Jangan Ambil Ringan Kes Siber Buli, Mek Yun Harap Undang-Undang Dapat Diperketatkan - “Saya Juga Pernah Jadi Mangsa, Sampai Rasa Hilang Semangat”

Mya Amri
17/07/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Jangan Ambil Ringan Kes Siber Buli, Mek Yun Harap Undang-Undang Dapat Diperketatkan - “Saya Juga Pernah Jadi Mangsa, Sampai Rasa Hilang Semangat”
Personaliti media sosial dan pelakon Mek Yun akui terkesan dengan kes membabitkan seorang 'influencer' bernama Rajeswary Appahu atau Esha yang menjadi mangsa buli siber sehingga sanggup menamatkan nyawanya sendiri.

Pernah jadi mangsa buli netizen

Mek Yun mendedahkan dia juga pernah menjadi mangsa buli siber sehingga terdetik untuk berhenti menjadi pempengaruh dan juga pencipta konten.
Bagaimanapun, dia bertekad untuk meneruskan pekerjaan tersebut dan mengambil pendekatan untuk mengabaikan komen negatif netizen.
"Sebagai seorang pempengaruh, saya juga terkesan dengan kes Esha. Apa yang saya boleh katakan kerja pempengaruh ini memang terdedah dengan komen-komen kurang baik.

“Saya juga pernah jadi mangsa body shaming, orang cakap fasal badan saya besar dan gemuk.

"Satu perkara tentang sosial media adalah kita tidak boleh kawal keyboard warriors. Setiap netizen ada pandangan berbeza yang mana mereka sesuka hati untuk bercakap apa sahaja.

"Sebagai pempengaruh dan pencipta konten, saya sendiri pernah terdetik nak berhenti buat konten apabila menerima komen negatif. Rasa hilang semangat sangat walaupun hanya satu atau dua komen.
"Namun selepas saya berfikir, berbaloi ke untuk saya berhenti saya disebabkan manusia-manusia yang bersembunyi di belakang skrin. Mereka tidak kenal diri saya secara peribadi,” ujarnya.
Mek Yun berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Perang Nasi Dagang yang berlangsung di Stor Teater, Kuala Lumpur pada Selasa.

Titip pesan buat pempengaruh

Disebabkan itu, Mek Yun juga menitipkan pesanan kepada pempengaruh di luar sana supaya menjadi 'kebal' dan tidak terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan netizen di media sosial.

"Jadi pesanan saya untuk semua yang berkeinginan menjadi pencipta konten perlu bina penghadang yang mana apabila ada komen negatif tidak akan memberi kesan kepada diri.

"Kepada netizen juga, tolong jangan lemparkan kata-kata tidak baik yang boleh beri impak kepada pencipta konten. Fikir seeloknya sebelum meninggalkan komen,” ujarnya.

Harap ketatkan undang-undang berkenaan buli siber

Sementara itu, Mek Yun berharap pihak berkuasa dapat mengetatkan undang-undang berkaitan gejala buli siber.

"Kes siber buli sangat serius sehingga ada kes meragut nyawa, memang tidak boleh ambil ringan. Saya harap pihak atasan mengetatkan lagi undang-undang agar perkara tidak diingini berlaku. Berikan hukuman setimpal,” katanya.

BERITA TRENDING: Hanya Bayar RM100, Pembuli Esha ‘Alpha Quinn’ Mengaku Bersalah

BERITA TRENDING: Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu

BERITA TRENDING: Kes 'Influencer' Maut, Wanita Tempatan Ditahan

Terdahulu, kes pembunuhan Esha yang berumur 30 tahun itu ditemui mati, selepas membuat laporan polis berhubungan ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan seramai 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa dirakam suara untuk kertas siasatan kes tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar