Hiburan
“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Kesal orang suka hati sentuh baby bump
Tyra meluahkan rasa kesalnya menerusi satu hantaran di Insta Story miliknya.
Menurut Tyra, perbuatan itu tidak harus dilakukan lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali.
“Ramai orang yang saya tidak kenali datang secara rawak dan menyentuh perut saya tanpa kebenaran. Mereka betul-betul hanya berjalan ke arah saya dan menyentuh perut saya.
“Saya berasa sangat penat nak beritahu mereka supaya tidak menyentuh perut saya. Saya juga berasa gembira dan sangat menghargai merema yang menunjukkan rasa sayang pada saya dan juga baby.
“Kepada anda yang memberikan rasa sayang kepada kami dan memahami apa yang saya cuba sampaikan, terima kasih, saya sangat memerlukannya,” coretnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Batal Majlis Bertandang Selepas Tahu Hamil Anak Pertama – “Saya Rasa Membazir Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Kini Hamil Anak Pertama
ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Upah Bodyguard Ketika Majlis Kahwin - "Kami Mahu Semua Yang Hadir ..."
ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
ARTIKEL BERKAITAN:Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Tindakan kurang sopan
Bagaimanapun, Tyra menasihatkan orang supaya jangan sesuka hati menyentuh perut ibu hamil tanpa kebenaran walaupun individu itu merupakan seorang selebriti atau pun ‘public figure’ kerana ia merupakan perbuatan yang kurang sopan.
“Malangnya ramai ibu-ibu di luar sana melalui perkara yang sama seperti saya, tidak kita sama ada ‘public figure’ atau pun tidak.
“Saya dapati ramai yang menyentuh perut mereka tanpa kebenaran. Ini adalah peringatan kepada anda untuk jangan sentuh walaupun anda berniat baik.
“Seeloknya, jangan sentuh sesiapa tanpa persetujuan sama ada mereka mengandung atau pun tidak,” tegasnya.
Untuk info, Tyra mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Emran Rijal pada 3 Mei lalu.