Laman Utama

“Jangan Tengok Sangat Bibir Suami Saya Ya” - Comelnya Fazura, Warning ‘Halus’ Kepada…

Hanafis Haris
09/01/2022
08:30 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Tengok Sangat Bibir Suami Saya Ya” - Comelnya Fazura, Warning ‘Halus’ Kepada…
Pelakon jelita Fazura mencuri tumpuan netizen apabila beraksi 'comel' ketika melakukan satu siaran langsung di Instagram, baru-baru ini.
Menerusi satu sedutan video yang dimuat naik, Fazura dilihat sedang melakukan ‘live’ bersama suaminya Fattah Amin.
Kedua-dua mereka dilihat ralit melakukan demonstrasi satu produk pelembap bibir.
Pun begitu, reaksi Fazura ketika suaminya menyapu pelembap tersebut di bibirnya mengudangkan pelbagai reaksi netizen.
"Perempuan-perempuan jangan tengok sangat bibir suami saya, jangan tengok," katanya berseloroh.
Respon Fazura itu kemudian mencuit hati netizen yang kebanyakannya menganggap situasi berkenaan sebagai satu momen melucukan.
Malah, rata-rata netizen terhibur dengan kecomelan pelakon berkenaan yang seolah-olah memberi ‘amaran halus’ kepada wanita di luar sana.
"Comel lah Fazura ni, kenapa makin cantik sangat ni".
"Ala serba salah nak tengok apa sekarang ni".
"Comel je, kasi warning dekat wanita lain, cute," tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.
Sekadar info, Fazura dan Fattah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November 2017.
Pasangan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar