Viral
Janji Bayar Tunai RM6,300, Pembeli iPhone Cekik & Buang Mayat Penghantar Barangan
Kehilangan seorang penghantar barangan berakhir tragedi apabila mati dibunuh oleh pembeli yang memesan telefon model terkini iPhone.
Bharat Sahu, dilaporkan mati dibunuh selepas dua pembeli iPhone memesan model terkini telefon pintar itu dan membuat pembayaran secara tunai.
BERITA TRENDING: Wanita Suka Tayang Kemewahan Dibunuh, Mayat Disumbat Dalam Almari Pakaian
Sahu bagaimanapun dua hari tidak pulang ke rumah selepas membuat penghantaran di kawasan Utara India sekaligus membuatkan keluarganya membuat laporan polis.
Lelaki yang mati pada usia 30 tahun itu merupakan penghantar berdaftar dengan syarikat dagangan Flipkart.
Sahu diketahui keluar menghantar iPhone dengan nilai sekitar RM6,300 tersebut di kawasan perumahan di Lucknow pada 23 September lalu.
Namun dia dilaporkan keluarga tidak pulang ke rumah selepas itu sebelum pihak berkuasa berjaya menahan suspek.
Hasil siasatan menemui Sabu mati dibunuh oleh lelaki dengan identiti sebagai Gajanan dan rakannya.
Sabu didapati mati dicekik sebelum mayatnya dibungkus untuk dihapuskan dengan dibuang di kawasan terusan.
BERITA TRENDING: Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam, Pengasuh Indonesia Didenda RM10,000
Sehingga kini pihak berkuasa masih gigih mengesan mayat Sabu yang dibuang di terusan tersebut.
Untuk rekod, Apple membuka rangkaian kedai pertama di Mumbai dan Delhi, India pada 2023.