Laman Utama

“Jatuh Bangun Saya, Dia Selalu Ada, She's The One” - Remy Ishak Akhirnya Kongsi Kisah Cinta Bersama Bakal Isteri!

Hanafis Haris
20/08/2021
05:03 MYT
Sponsor Banner
“Jatuh Bangun Saya, Dia Selalu Ada, She's The One” - Remy Ishak Akhirnya Kongsi Kisah Cinta Bersama Bakal Isteri!

Aktor berkaliber, Remy Ishak akui sifat Ezza Yusof yang sangat memahami keperibadian dirinya itu menjadi titik tolak buatnya untuk memilih wanita tersebut sebagai pasangan hidup.

Menurut Remy nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, perjalanan hubungan mereka berdua bukanlah dalam tempoh yang singkat, malah sudah lapan tahun mengenali hati budi masing-masing.

“Saya selalu cakap yang saya perlukan some one yang memahami saya. Kenal saya bukan saja sebagai Remy Ishak tetapi Mohammad Zalimei juga.

“Agak bahaya jadi public figure ini jika pasangan hanya kenal Remy Ishak. Saya mahu dia kenal luar dan dalam.

“Pahit manis hubungan itu selalu berlaku, malah tiga tahun pertama itu memang susah. Tetapi jatuh bangun saya dia selalu ada di situ. She always there, she’s the one,” katanya.

Jelas Remy, sepanjang menjadi pelakon, dia sudah sudah bertemu ramai individu dan ia banyak mematangkan dirinya.

“Saya perlukan orang yang support saya untuk jadi lebih baik. Untuk orang kenal betul-betul dan berada di sebelah saya bukan saja dunia glamour tetapi juga peribadi saya.

“Itu Ezza yang saya kenal, saya terasa terusik di situ. Macam setengah orang kalau jumpa dia macam rasa oh Remy Ishak public figure, tapi Ezza tidak, dia pandang saya sama level saja.

“Kau human being, aku human being, kenapa perlu treat macam VIP. Itu yang membuatkan saya rasa masih berpijak di bumi nyata.

“Supaya tak tinggi menjadi Rmy Ishak yang orang kata popular, saya rasa dia tarik saya ke bawah dan berpijak di bumi nyata dan itu saya perlukan,” katanya.

Tambahnya, perancangan untuk melangsungkan majlis pernikahan juga sebenarnya sudah dirancang pada 2020 lagi.

“Tapi disebabkan pandemik kita lanjutkan ke 2021. Mulanya 11 April tapi kes Covid-19 makin tinggi begitu juga perancangan 10 Syawal.

“Ingatkan semua dah reda tapi masih tak boleh juga. Jadi saya dan pihak perempuan sebulan suara pilih 21 Ogos 2021,” katanya pada sidang media khas yang berlangsung sebentar tadi.

Semalam, secara eksklusif kepada Gempak TV, Remy mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinannya esok iaitu 21 Ogos.

Aktor itu memberitahu, mereka bakal dinikahkan di sebuah lokasi di ibu negara dengan mengikut SOP yang ditetapkan kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menerusi temu bual itu, Remy berkongsi perasaannya serta perancangannya yang dibuat sejak Mei lalu.

Program Gempak TV itu disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria malam semalam.

BACA: EKSKLUSIF Remy Ishak Sahkan Nikah Sabtu Ini

BACA: Kahwin Waktu PKP, Remy Ishak Persiap Mental Jadi Suami

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar