Laman Utama

EKSKLUSIF: Remy Ishak Sahkan Nikah Sabtu Ini

Maliah Surip
19/08/2021
13:20 MYT
Aktor berkaliber, Remy Ishak mengesahkan secara eksklusif kepada Gempak TV dirinya akan bernikah pada 21 Ogos 2021.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, memilih menamatkan zaman bujang bersama wanita pujaan hatinya.
"Jadi Insya Allah atas persetujuan kedua dua belah pihak, kami akan bernikah pada 21 Ogos 2021 ini di Kuala Lumpur," umum Remy secara eksklusif dalam program Gempak TV yang disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria sebentar tadi.
Bintang filem Sangkar itu mengatakan telah merancang mendirikan rumah tangga dengan kekasih pujaan hati pada Mei lalu.
Rancangan tersebut bagaimanapun tertunda kerana pandemik COVID 19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.30 yang dilaksanakan kerajaan lantaran kes wabak tersebut yang meningkat sejak Mei lalu.
Namun beliau dan bakal isteri akhirnya sepakat meneruskan hasrat menikah pada 21 Ogos 2021 selepas mendapat restu daripada pihak kedua keluarga sekaligus tidak mahu menangguhkan lagi impian mulia ini.
"Ya jika ikut perancangan kami bernikah pada Mei lalu, bersempena dengan bulan Syawal. Tapi disebabkan PKP, ia terpaksa ditunda.
"Bagaimanapun kami memutuskan untuk melangsungkan pernikahan dalam PKP juga pada 21 Ogos ini," jelas Remy lagi.
Menurut Remy majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini akan dilaksanakan mengikut protokol dan SOP kesihatan yang telah ditetapkan kerajaan.
"Memandangkan Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1, tidak akan ada keluarga saya yang hadir dari Melaka. Pihak perempuan juga hanya akan diwakili wali untuk menikahkan kami.
"Jadi pernikahan ini akan berjalan sesuai SOP yang ditetapkan di Kuala Lumpur iaitu hanya saya, bakal isteri dan wali sahaja," katanya lagi.
Biar melaksanakan pernikahan dalam musim pandemik dan kekangan SOP membuat beliau tidak dapat melakukan majlis serta menerima tetamu meraikan hari bersejarahnya, Remy tetap bersyukur.
"Perancangan kami memang mahu adakan majlis secara terbuka, ada keluarga, tetamu. Tapi apabila pihak berwajib telah menetapkan syarat hanya beberapa orang sahaja boleh berada dalam majlis, kami akur.
"Ia akan dilaksanakan secara sederhana. Ini pun sudah cukup," tutup Remy.
Sementara itu, Remy memberitahu akan berkongsi lebih lanjut mengenai bakal isteri dan rancangan pernikahannya dalam sidang media khas yang dijadualkan berlangsung secara virtual esok pagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.