Laman Utama
"Jauh Dari Masyarakat, Dekat Dengan Alam" - Athira Yuhada Healing, Tunggang Kuda Tepi Pantai
Pasangan pengantin baru Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada meluangkan masa bersama-sama dengan melakukan aktiviti menunggang kuda di sekitar pesisir pantai di Kuantan, Pahang selepas selesai majlis nikah dan resepsi mereka hujung minggu lalu.
BERITA TRENDING: “Jangan Kerana Satu Kesilapan, Semua Kebaikan Kita Tak Nampak,” - Hafidz Roshdi Mohon Tidak Terus…
Berkongsi di Instagram Stories, Hafidz dan Athira menggunakan kesempatan masa yang ada untuk lebih mengenali satu sama lain.
BERITA TRENDING: Al-Kisah Empat Lelaki Curangi Isteri, Cerai Sampai Poligami
Tulis Athira pada hantaran video dirinya menunggang kuda; "Jauh dari masyarakat, dekat dengan alam semulajadi."
Sama juga dengan Hafidz, yang turut menunggang kuda di pesisir pantai berkenaan.
"Moga baik-baik buat kita semua," tulisnya bersama beberapa hantaran video dan gambar.
BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”
Terdahulu, Hafidz menamatkan teka teki mengenai perkahwinannya dengan Athira selepas mengumumkan sudah bernikah dengan wanita pilihannyya itu pada Jumaat lalu.PILIHAN PEMBACA: "Dia First Love Saya" - Hafidz Roshdi
Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, Athira merupakan cinta pertamanya dan berdoa hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.