Hiburan

Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung

Awani
06/06/2024
10:16 MYT
Sponsor Banner
Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Jantung
Penyanyi versatil era 1970-an, Jay Jay yang menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Rozita Rohaizad kepada Astro AWANI.
“Saya dimaklumkan isteri Jay Jay, Zaiton, bahawa Jay Jay mengalami acute stroke. Ini menyebabkan bahagian kanan badan termasuk tangan dan kaki tidak boleh bergerak dan angkat seperti biasa.
“Sudah lebih seminggu Jay Jay di IJN. Insya-Allah, Jay Jay akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi minggu ini. “Ini bagi menjalani proses rawatan terapi fisio kerana bahagian kanan badan Jay Jay masih lemah selepas operasi pembedahan,” katanya ringkas.

BERITA TRENDING: Ramai Mahu Jay Jay Jadi Juri GV7 Lagi

BERITA TRENDING: Azlee Senario Dilaporkan Sudah Stabil

BERITA TRENDING: Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN - “Mohon Sama-Sama Dipermudahkan Urusan”

BERITA TRENDING: Ibu Sahkan Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Penyanyi berusia 66 tahun itu menjalani pembedahan pintasan jantung kerana masalah jantung tersumbat di IJN pada 23 Mei lalu.
Terdahulu, penyanyi nasyid yang juga penggiat industri seni, Cheb Ali Masrawi berkongsi berita mengenai keadaan Jay Jay, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, yang dirawat di IJN kerana penyakit jantung, di aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini.
Antara lagu popular Jay Jay adalah Rindu Bayangan dan Joget Angan Tak Sudah.

BERITA TRENDING: Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

BERITA TRENDING: Jaafar Onn Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Ketika Melalui Prosedur Endoskopi - “Doktor Ada Beritahu Berisiko Sebab…”

BERITA TRENDING: IJN Berjaya Lakukan 2 Pemindahan Jantung, Bukti Masih Ramai Penderma Organ Diperlukan!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar