Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Jemaah Baru Balik Haji Gayakan Busana 'Kelip-Kelip', Melaram All Out Turun Kapal Terbang!

Amri Hassan 30/06/2024 | 01:55 MYT

Aksi jemaah haji Indonesia yang pulang ke Makassar baru-baru ini mendapat perhatian warganet ekoran menggayakan busana pelbagai warna dan berkelip-kelip sejurus sampai ke tanah air.

Mereka antara 450 jemaah haji kumpulan pertama yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin pada Ahad lalu.

BERITA TRENDING: Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

BERITA TRENDING: Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji

Malah, jemaah yang kebanyakan terdiri daripada golongan wanita itu memakai busana khas dari suku Bugis dan Makassar. Ada yang berlabuci dan tidak kurang juga beropol-ropol.

Aksesori seperti barangan kemas dan hiasan manik berkilau turut dipakai mereka ketika disambut para staf dan keluarga.
Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pentas peragaan fesyen. Gaya mereka yang bersahaja begitu mencuit hati.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Haji Makassar, Ikbal Ismail, pihaknya memaklumkan jemaah yang memakai pakaian seumpama itu adalah adat penduduk setempat yang sering dilakukan oleh jemaah yang baru pulang daripada menunaikan haji.
“Saya tidak mampu melarang kerana ia adalah budaya mereka yang mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka sudah menunaikan haji,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

BERITA TRENDING: Sudah Sampai, Tapi Pasukan Ekspedisi Berbasikal Ke Tanah Suci Gagal Terima Visa Haji – Kita Cuba Pula Tahun Depan”

Tonton video-video mereka di sini:

undefined undefined

#Viral #Indonesia #Haji #Bugis #Busana #Makassar #Jemaah #Melaram #Labuci #Ropol
;