Viral

Sudah Sampai, Tapi Pasukan Ekspedisi Berbasikal Ke Tanah Suci Gagal Terima Visa Haji – Kita Cuba Pula Tahun Depan”

gempak
Gempak
20/06/2024
02:54 MYT
Sponsor Banner
Sudah Sampai, Tapi Pasukan Ekspedisi Berbasikal Ke Tanah Suci Gagal Terima Visa Haji – Kita Cuba Pula Tahun Depan”
Individu yang melakukan kembara ekspedisi berbasikal ke tanah suci Mekah, Ahmad Mohd Isa enggan berputus asa selepas niatnya untuk menunaikan rukun Islam kelima tidak berjaya tahun ini.
Hal ini kerana, misi yang dicetuskan oleh Ahmad bersama isteri, Noradilah Mohd Shafie dan seorang rakan, Abdul Halim Talha tidak dapat diteruskan kerana gagal memperoleh visa haji sungguhpun sudah tidak di sana.

Ekspedisi

"Tak dapat haji tahun ini, kita cuba pula tahun depan dan seterusnya hingga berjaya. Saya juga manusia biasa, perasaan kecewa dan sedih tak dapat nak sorok walaupun cuba untuk pujuk diri dengan ayat-ayat positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Lantai Masjidil Haram Kekal Sejuk Walaupun Cuaca Sekitar Panas? Ini Sebabnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Makkah, Warga Sulawesi Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng Bawa Kambing

"Semua perasaan bercampur baur apatah lagi sewaktu hari Wukuf. Sepanjang hari saya duduk depan TV tengok jemaah haji berarak dari Mekah, Mina, Arafah dan Mudzalifah. Saya doa, baca al-Quran dan kembali tengok TV. Sampai saya sendiri terlelap, bila terjaga, sambung doa lagi, tengok jemaah haji. Sepanjang hari saya diam dan muhasabah diri.
"Pasti ada dosa yang belum diampunkan. Pasti ada hikmah di sebalik cerita. Pasti ada hadiah yang Allah nak beri.
"Boleh saja kalau nak buat haji menggunakan visa tak sah, tapi kami pilih untuk masuk cara halal, yang mana ia susah nak dapat. Bukan rezeki saya dan isteri saya tahun ini," katanya seperti yang dilapor oleh Harian Metro.

ARTIKEL BERKAITAN: 300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di Mekah, Diperdaya Pakej Murah

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap Urusan Dipermudahkan, Shaheizy Sam Kongsi Kisah Sebak Semasa Jalani Ibadah Umrah – “Termenung 5 ke 8 Saat Depan Hajarul Aswad”

Menurut Ahmad, dia sentiasa ingat nasihat ibunya agar menunaikan ibadah haji dengan cara yang betul.

"Ummi saya pesan, Allah boleh saja membiarkan kita pergi haji walaupun dengan cara yang salah, tapi takutnya Allah membiarkan bukan dengan reda-Nya tapi dengan istidraj.

"Kes sekarang ini ramai orang tiada visa haji masuk Makkah buat haji. Jadi, saya berharap supaya warga Malaysia ikut jalan yang betul iaitu visa haji yang dibenarkan oleh pihak berkuasa, bukan ikut jalan belakang untuk ibadah," katanya yang akan pulang ke tanah air pada 28 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbual & Berdoa Ketika Azan Berkumandang, Netizen Tegur Ameera Dengan Noor Kartini - “Doa Nok Gapo Dale Hati”

Terdahulu, media melaporkan Ahmad bersama isteri dan rakannya tiba di Madinah, Arab Saudi pada 19 April lalu.
Mereka melakukan Kayuhan Haji 2024 dengan melengkapkan perjalanan 150 hari merentasi tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Arab Saudi. Malah, ketibaan di Madinah itu lebih awal daripada jangkaan asal.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live