Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Jenazah Rohana Jalil Selamat Dikebumikan

Amri Hassan 21/06/2023 | 04:46 MYT
Jenazah Allahyarham Rohana Jalil selamat dikebmumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, kira-kira jam 12 tengah hari.
Sebelum itu, jenazah telah selamat disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9.
Lebih kurang 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan kenalan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Antara yang hadir ialah Azizul Khamis, Tya Arifin, Izara Aishah, Azian Mazuan Sapuan, Noraniza Idris, Fasha Sandha, Ramlah Ram, Jaafar Onn dan ramai lagi.
Terdahulu, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11:33, malam Selasa.
Rohana Jalil, 68 telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.
Media juga melaporkan jantung Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil boleh terhenti bila-bila masa sahaja boleh terhenti kerana jangkitan kuman telah merebak ke beberapa organ dalaman.
Untuk info, Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikuniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.
ARTIKEL BERKAITAN: "Mohon Doakan Arwah Mama" - Kilafairy
ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI! Rohana Jalil Meninggal Dunia
#Kilafairy #Rohana Jalil #Rohana #Jenazah Rohana
;